Semalam adalah 17 Ramadhan di mana tarikh itu begitu penting kepada kita jamaah Muslimin kerana ia adalah tarikh al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia, kemudian diturunkan ke bumi berperingkat-peringkat selama 23 tahun, ketika Rasulullah SAW di Mekah dan di Madinah. Al-Quran adalah satu-satu kitab Tuhan yang masih terpelihara hingga ke hari ini, dan ia dijamin akan terus dipelihara oleh Allah SWT sendiri. Sedangkan sebelumnya telah diturunkan beberapa buah kitab kepada para Rasul sebelum ini, namun kitab-kitab itu sebahagiannya telah dirobah dan dirosakkan oleh manusia. Contohnya Injil yang asalnya diturunkan dari langit, tetapi kini telah dirobah dan ditulis semula oleh orang-orang Kristian dalam pelbagai versi, dan ia akan terus dihasilkan versi-versi baru mengikut nafsu pemimpin mereka yang berkepentingan dari masa ke semasa.
Syukurlah kita kerana Allah SWT terus memelihara al-Quran sebagai satu-satunya kitab Allah yang masih kekal tulen, murni dan terpelihara. Hampir 1500 tahun ia telah terpelihara dan kita yakin ia akan terus terpelihara. Al-Quran itu menurut al-Quran sendiri diturunkan kepada umat manusia untuk dijadikan petunjuk, mengandungi penjelasan tentang petunjuk dan juga sebagai pembeza antara yang benar yang salah. Sebagai petunjuk atau hidayah, al-Quran merupakan panduan hidup untuk umat manusia seluruhnya, walaupun diimani oleh orang-orang Mukmin sahaja.
Ketika pertama kali malaikat Jibril menurunkan ayat pertama al-Quran, ia berupa perintah membaca (Iqra). Nabi SAW disuruh membaca, sedang beliau adaalah seorang ummi yang tidak tahu membaca. Lalu diajar oleh Jibril melalui ayat pertama yang maksudnya "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah mencipta manusia daripada segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Paling Pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."
Bacalah adalah ayat perintah dan yang memerintahkan kita mnembaca adalah Allah SWT sendiri, Tuhan kita dan Tuhan seluruh alam. Kenapa kita diperintahkan membaca, tetntulah ia sangat sinonim dengan ilmu, manakala ilmu pula adalah satu ciri penting fitrah manusia. Ingatlah apabila manusia pertama dicipta iaitu nabi Adam AS, dia diberi ilmu sebagai satu kelebihan dan keistimewaan yang melebihi daripada makhluk lain. Nabi Adam AS diajarkan nama-nama benda yang membolehkan dia mengenali benda-benda tersebut. Inilah ciri unik manusia yang bakal diutus ke bumi menjadi pentadbir atau khalifah Tuhan.
Dengan kelebihan ilmu pada manusia, tentulah ada misi ilmu yang perlu ditanggung oleh manusia. Misi ini semakin jelas kerana semua ajaran agama yang diturunkan dari langit adalah intipati ilmu yang sangat diperlukan manusia bagi membolehkan mereka menyempurnakan tugasan kekhalifahan di bumi. Semua kitab termasuk al-Quran adalah rujukan tulen tentang ilmu-ilmu Tuhan itu.
Satu fakta yang keliru dan tidak boleh dipegang ialah kelebihan akal manusia boleh menyelamatkan manusia. Biarpun akal adalah satu keistimewaan manusia yang dapat digunakan untuk berfikir, namun akal semata-mata tidak dapat menyelamatkan manusia. Keupayaan akal manusia sangat terhad. Ia hanya berfungsi dengan wujudnya pancaindra lain yang membantu membawa masuk informasi seperti penglihatan, pendengaran, bau, rasa dan sentuhan. Akal juga bersifat terbatas, terbatas pada ruang waktu dan lingkungan. Sebab itu logika akal akan sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran masa. Keterbatasan ini menyebabkan manusia tidak mampu menerokai maklumat-maklumat ghaib. Akal akan hanya mempercayai sesuatu yang nampak, boleh didengar, dirasa, dicium dan disentuh sahaja. Akhirnya kebenaran tidak dapat dizahirkan hanya dengan akal kerana akal dan logikanya akan menerima yang lahriah sahaja.
Di samping itu akal tidak mampu memikiri hal-hal abstrak, hal-hal metafizik dan urusan ghaib. Dengan hanya berpandukan akal, manusia tidak akan dapat menemui kebenaran apa lagi menemui Tuhan Pencipta. Walaupun akal membantu merumuskan ilmu secara empirikal, namun kebenaran ilmu itu tidaklah mutlak. Contohnya logika akal berubah-ubah dari satu zaman ke satu zaman. Logik akal orang zaman 1000 tahun lalu, tidak dapat menerima hakikat bahawa manusia boleh terbang lebih laju daripada burung. Mereka tidak akan percaya dan akan mengatakan hal itu mustahil. Namun hari ini semua orng percaya hakikat tersebut kerana kita sudah dapat bergerak di angkasa dengan begitu pantas dengan pesawat terbang.
Oleh itu akal semata-mata tidak boleh dijadikan sandaran kepada ilmu. Ia adalah faktor sekunder yang membantu mengembangkan ilmu, namun ia tidak boleh dibenarkan memandu atau menerajui ilmu. Hati adalah tempat ilmu yang sebenar kerana ia diciptakan Tuhan untuk menampung ilmu, khususnya ilmu dari langit. Hati dengan ciri-cirinya yang sangat unik dan ia mempunyai keupayaan radar untuk menangkap maklumat samawi. Dengan akal, manusia akan melihat dulu, kemudian baru percaya. Maka akal hanya akan percaya kepada apa yang ia lihat, apa yang ia dengar, apa yang ia cium, apa yang ia rasa dan apa yang ia sentuh. Hanya melalui gerbang pancaindra yang lima itu, akal dapat berfungsi. Berbeza dengan akal, hati manusia dicipta khusus untuk percaya kerana ia mempunyai gerbang ruhaniah untuk menerima hal-hal ghaib. Sebab itu iman, keyakinan atau kepercayaan adalah bertempat di hati. Dan hati akan selalu selau percaya dahulu, kemudian baru lihat.
Perkembangan mutakhir tentang kajian sains terhadap minda manusia dapat membantu kita memahami fungsi akal dan hati dengan lebih jelas lagi. Kajian tersebut menunjukkan dari perspektif minda, manusia memiliki minda sedar dan minda separa sedar (conscious mind and subconscious mind). Minda sedar bolehlah dirujuk kepada akal kerana ia berfungsi secara sedar mena'kul, berfikir, menerima dan memproses informasi. Sementara itu minda separa sedar adalah satu bahagian lain yang menerima apa sahaja informasi melalui gerbang percaya dan ia dirangsang oleh visualisasi. Minda separa sedar mempunyai peti simpanan memori yang sangat besar, di mana ia menyimpan pelbagai informasi yang pernah kita pungut secara sedar atau tidak sedar. Iman atau kepercayaan di tanam melalui fungsi minda separa sedar ini. Kajian juga mendapat keupayaan mengingat pada minda sedar hanya sekitar 12 peratus sahaja, manakala keupayaan minda separa sedar menguasai 88 peratus.
Melihat kepada ciri, fungsi dan keupayaan minda separa sedar, nyatalah ia adalah bahagian daripada proses hati. Ia kaya dengan emosi dan semua emosi berpusat di sini. Perasaan, baik ia perasaan positif mahupun negatif, ia terletak di hati. Sebab itu emosi positif seperti ceria disebut senang hati, hal-hal yang baik disebut baik hati; manakala emosi negatif seperti marah, benci disebut sakit hati, khianat atau perasaan jahat disebut busuk hati.
Oleh kerana hati adalah tempat bertapak atau maqam kepada iman, maka ia juga tempat untuk ilmu. Ilmu samawi diterima langsung di hati, di minda separa sedar. Bermula dengan percaya, semua ilmu itu diproses untuk digunapakai. Ia menjadi sikap minda, kemudian menjadi sikap dan akhirnya menjadi tabiat. Dalam konteks Islam, Wahyu turun ke hati, ia diterima (percaya), kemudian menjadi iman (sikap minda), kemudian menjadi Islam (sikap) dan menjadi tabiat (Muslim yang beriman).
Beberapa hari lalu saya ke Medan, Indonesia untuk mengikuti program training di sana. Seperti biasa apabila ke mana-mana kota Indonesia, satu aktiviti yang tidak pernah ditinggalkan ialah mencari di mana lokasi Gramedia. Seboleh-bolehnya saya akan mencari Gramedia pusat atau gedung yang terbesar di kota tersebut.
Seiring dengan pemergian ke sana adalah dengan tujuan ilmu, maka mencari kedai buku sepopular dan sebesar Gramedia adalah menjadi satu kemestian. Oleh kerana program bengkel kami memakan masa hampir 12 jam sehari, maka masa sangat suntuk. Kali pertama ke Gramedia hanya sempat menghabiskan sekitar setengah jam sahaja kerana gedung buku itu sudah mula ditutup. Hanya sempat mencari buku-buku penting, antaranya buku yang disebut oleh pengajar di bengkel tadi. Oleh itu kunjungan kedua dapat dibuat pada hari akhir di Medan. Sempatlah berlama-lama di gedung buku ini.
Bersama Dr Rinno, pengajar kami, beliau membantu saya mendapatkan buku yang beliau sebut sebagai sebagai sebuah buku penting untuk dibaca. Lantas buku The Miraccle of the Endorphin tulisan Dr Shigeo Haruyama dibeli. Selain itu saya memilih beberapa buah buku berkaitan hypnosis di mana akhirnya tujuh buah buku dibeli. Buku-buku tersebut adalah 4 jam pintar hipnos karya Saiful Anam, seorang pengasas Indonesian Hipnosis Association; Hipnoterapi: prinsip-prinsip dasar praktik psikolterapi, karya YF La Kahija; Hipnoterapi: cara tepat @ cepat mengatasi stres, fobia, trauma @ gangguan mental lainnya, karya Andri Hakim; Belajar mudah ilmu Hipnotis, karya John Afi; Hipnotherapy for children karya Adi W. Gunawan; Secret of Hypnotherapy oleh Pavel Sovoka; dan Melakukan hipnoterapi agar daya ingat anda sekuat cakram, karya As’adi Muhammad. Selain itu dua buku NLP dan Ericksonian turut dibawa pulang.
Kegilaan membeli buku ketika di Indonesia telah menjadi tabiat sejak sekian lama. Di sana banyak tajuk-tajuk buku terbaru langsung diterjemahkan. Begitu juga dengan karya-karya penulis tempatan begitu banyak diterbit dan dipasarkan. Isu-isu semasa berkaitan pelbagai bidang ditulis. Jadi untuk kita hanya memilih bidang apa yang kita mahu. Inilah satu kelebihan yang tiada di Malaysia. Selain itu berbelanja buku di sana sangat jimat kerana harga buku-bukunya masih murah berbanding kos buku di Malaysia. Dengan bajet yang sama kita mampu membawa pulang lebih banyak buku.
Antara buku-buku popular di Indonesia yang sering diletakkan di bawa label ‘terlaris’ adalah tajuk-tajuk tentang pembangunan diri, motivasi, agama dan karya-karya penulis popular. Begitu juga dengan novel-novel penulis tempatan tersohor.
Menjelang Ramadhan diharapkan akan ada waktu yang banyak untuk menghabiskan bacaan dan penelitian ke atas buku-buku yang telah dibeli ini. Dengan itu hasrat untuk mendalami bidang hipnoterapi akan terlaksana, insyaAllah. Menekuni hipnosis diharap dapat menambah satu lagi ilmu dan kemahiran baru di bidang perawatan alternatif, di mana sebelumnya telah diberi kesempatan oleh Allah SWT mempelajari Reiki sehingga ke tahap Master. Begitu juga dengan kaedah Ruqyah. Selama tujuh bulan menekuni kuliah ruqyah bersama Ustaz Sarhan Shafei, alhamdulilLah sudah diakhir dengan kelas tafaqquh baru-baru ini.
Setiap kali Ramadhan datang, setiap kali ia mengingatkan kita tentang aktiviti membaca, kerana di dalam bulan mulia inilah al-Quran diturunkan Tuhan. Antara mesej utama ia diturunkan ke bumi ialah supaya manusia membaca, membaca dan terus membaca.
"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan ....." Wahyu terawal ini mengingatkan manusia supaya percaya, yakin atau beriman terhadap Tuhan dan membaca atas nama Tuhan. Oleh kerana sumber murni segala maklumat atau ilmu itu adalah daripada-Nya maka keimanan ini jadi sangat penting untuk membolehkan manusia menerobosi alam maklumat dengan benar.
Apabila Ramadhan ini dikaitkan dengan penurunan al-Quran, yang antara mesej pentingnya ialah memerintahkan kita membaca, maka Ramadhan juga menyuntik semangat dan kesedaran membaca yang sungguh signifikan.
Malangnya umat yang al-Quran diturunkan khusus kepada mereka tidak begitu mengutamakan aktiviti membaca. Hakikat ini dapat dibuktikan dengan mudah apabila ramai umat Islam yang masih buta al-Quran, tidak tahu membacanya, tidak belajar membacanya, tidak memahami apa yang dibacanya, tidak membaca sisi-sisi tersirat di dalamnya, tidak mengkajinya, dan akhirnya tidak menghayatinya sebagai pedoman atau petunjuk kepada kehidupan.
Semuanya bermula daripada tidak adanya kesedaran untuk membaca, kesedaran untuk mencari ilmu, sedangkan menuntut ilmu itu adalah satu kewajiban yang mana sebahagiannya adalah fardhu ain manakala yang lainnya adalah fardhu kifayah. Maknanya mencari ilmu adalah kewajiban perseorangan (tanggungjawab individu) dan juga tanggungjawab bersama (fardhu kifayah). Yang pentingnya kita jangan lupa, ia adalah satu kewajiban (fadhu), iaitu satu kemestian, satu perintah. Pada perinsipnya dengan tidak belajar, kita sedang melanggar perintah Tuhan.
Umat Islam yang faham tanggungjawab ilmu ini akan melibatkan diri dalam aktiviti ilmu yang bertunjangkan kepada perintah Tuhan di atas. Maka terlaksanalah tiga aktiviti keilmuan, iaitu belajar (mencari ilmu), mengamalkan ilmu tersebut, dan kemudian mengajarkan kepada orang lain. Inilah aktiviti kehidupan para Rasul hingga kepada para ulamak (yang disifatkan pewaris para nabi) kini.
Dalam kesibukan tugas di samping berada jauh di luar Kuala Lumpur, kesempatan cuti hujung minggu memberi kesempatan kepada saya untuk hadir ke Pesta buku antarabangsa Kuala Lumpur ke-29 di PWTC semalam.
Seperti biasa, kesempatan ini dimanfaatkan untuk window shopping, sedikit belibelah, mendapat info tentang industri, buat jaringan dan selebihnya meningkatkan semangat dan motivasi diri. Kecintaan dan keghairahan terhadap buku adalah suatu yang sangat utama dan inilah suatu hal yang tidak berubah sejak dulu hingga ke waktu ini. Kecintaan itu pastilah bertunjangkan kecintaan terhadap ilmu yang ditunjangi pula kepada kecintaan kepada kebenaran dan di sanalah kepuasan. Dididik dan diasuh dengan bimbingan agama yang sentiasa menekankan bahawa mencari ilmu adalah kewajiban (bukan kerja suka-suka), maka aktiviti melibatkan buku adalah aktiviti ilmu yang bertunjangkan al-Quran yang sentiasa menyemarakkan tabiat membaca, mencari ilmu, berfikir, merenung, mengkaji dan meneliti segala ayat-ayat Tuhan (ayat tersurat dan ayat tersirat). Satu misi suci yang terus dibawa, insyaAllah hingga ke akhir hayat ialah misi membaca, menulis, meneroka dan mencari apa jua ilmu, memanfaatkannya (mengamalnya) dan berkongsi (mengembangkannya) kepada orang lain. Inilah tanggungjawab ilmu seperti yang diajar oleh agama: menuntut ilmu, mengamalkan ilmu dan mengajarkannya.
Pesta buku PBAKL atau KLIBF ini sudah memasuki usia dewasa. Ianya sentiasa berkembang maju setiap tahun dari segala seginya. Menurut maklumat ia menarik jutaan pengunjung akhir-akhir ini. Rekod pada tahun 2008 adalah yang tertinggi di mana 2.2 juta orang mengunjunginya, 2009 agak meurun. Pada tahun ini bilangan gerai meningkat kepada 856 buah meliputi kawasan seluas 12, 666 meter persegi. Bilangan pemamir ialah 208 terdiri daripada 657 peserta tempatan dan 41 agensi tempatan serta 128 syarikat asing dan 3 agensi Kerajaan asing. Angka-angka di atas menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan.
Syabas kepada penganjur iaitu Majlis Buku Kebangsaan Malaysia dan Majlis Industri Buku Malaysia (MBIC). Keanggotaan MBIC terdiri daripada Persatuan pengeksport dan Pengimport Buku Malaysia (MBEIA), Persatuan Penjual Buku Malaysia (MBA), Persatuan Kontraktor Buku Malaysia,Persatuan Penerbit Buku Malaysia, Persatuan Penerbit dan Pengedar Buku Bumiputra Malaysia dan Majlis Penerbit Buku Ilmiah Malaysia. Tahun ini Pesta Buku bertemakan 'Buku Membina Dunia Esok'.
Buku pilihan saya, harga RM120 masih murah kerana halamannya lebih 1000 mukasurat.
Pesta Buku sebegini memenuhi matlamat semua pihak yang terlibat. Penganjur meletakkan matlamat untuk meningkatkan kesedaran dan komitmen masyarakat untuk menyemarakkan industri buku. Kerajaan juga mengharapkan kesedaran itu akan memudahkan usaha membawa rakyat kepada cita-cita 'minda kelas pertama' dalam pembinaan modal insannya. Pihak-pihak dalam industri seperti penerbit, pengedar dan peruncit mengharapkan peningkatan bisnes mereka. Penulis pula mengharapkan buku mereka dibaca oleh lebih ramai orang, manakala pengunjung pula mengharapkan mereka mendapat lebih banyak buku berkualiti untuk menambah ilmu.
Sekarang sedang beralangsung acara penting kepada industri buku negara di mana Pesta Buku sedang beralangsung di Kuala Lumpur. Pesta yang sangat bererti kepada mereka yang berada di dalam industri ini akan dikunjungi ribuan orang peminat buku dari seluruh negara. Malangnya ketika Pesta ini berjalan, cuti sekolah telahpun berakhir. Namun kaki buku tetap juga akan berusaha untuk ke sana.
Pesta Buku untuk siapa? Untuk siapa sahaja dalam industri buku termasuk juga pengguna atau pembaca yang menjadi tiang seri kepada industri buku. Pengguna adalah penentu hayat industri. Merekalah yang menyokong industri dengan membeli hasil atau produk industri. Tanpa mereka semua industri buku atau industri apapun tak akan ke mana-mana. Pengguna juga mendapat peluang untuk memiliki buku-buku baru di pasaran dan lebih penting mereka akan mendapat potongan harga istimewa yang ditawarkan.
Pesta sebegini bukan sekadar pesta untuk menjual tetapi juga penting untuk dijadikan tempat berhimpun mereka dalam industri perbukuan. Di sinilah wujud ruang yang banyak untuk saling berinteraksi (buat networking), wujudkan jaringan kerjasama, bertukar pendapat dan pandangan, berseminar dan juga meningkatkan mutu industri penerbitan. Penerbit dan penjual buku menunggu kesempatan sebegini untuk meningkatkan hasil jualan buku mereka, kerana inilah musimnya pengguna melabur untuk maklumat. Sebahagian pengguna hanya menunggu seahun sekali untuk membeli dan memborong buku kerana mereka mungkin sukar mendapatkan kedai buku berhampiran. Mereka yang tinggal jauh dari pusat kota akan mendapati betapa sulitnya mandapatkan bekalan buku yang mereka minati. Hal ini terjadi kerana di pekan kecil kedai buku bukan sahaja kurang tetapi juga buku-buku yang dijual juga kurang, tidak lengkap.
Indusrtri buku negara melalui bebera zaman naik dan turun. Suatu waktu dahulu beberapa peniaga buku (ramai dari seberang - Indonesia) datang berdagang menjual buku. Pastilah buku-buku Indonesia yang banyak diniagakan waktu itu. Mereka ini akhirnya berjaya menguasai industri buku apabila mereka menjadi penjual (buka toko buku), juga menjadi penerbit dan pengedarnya. Satu nama besar sekitar 60an dan 70an dahulu ialah Pustaka Antara yang dimiliki oleh Tuan Hj Aziz Ahmad. Ingat lagikah betapa besar kedai bukunya di Jalan Taunku Abdul Rahman. Saya perlu menghabiskan masa lebih sejam untuk window shopping di kedainya yang berlantai tiga (kalau tidak silap ingatan). Selain beliau, Pustaka Melayu Baru terletak megah di Wisma Yakin, Jalan Melayu. Di Melaka Pustaka Abas Bandung mengusahakan kedai buku dan juga menerbit buku. Mereka semuanya dari Indonesia. Peranan mereka dalam membangunkan industri buku negara sangat penting waktu itu. Kita dapat membaca buku-buku popular karya Hamka kerana usaha mereka. Di utara di Pulau Pinang, Sinaran Brother wujud sebagai penjual dan juga penerbit. Di Taiping Pustaka Al Zainiah turut menjual dan menerbit buku terutama kitab-kitab dan buku agama. Mereka juga memiliki percetakan sendiri. Di Kelantan dua buah penerbit yang terkenal iaitu Pustaka Dia dan Pustaka Aman Press adalah nama-nama penting dalam industri buku.
Sebahagian penerbit-penerbit tersebut sudah tiada lagi ataupun tidak seaktif masa dulu. Melihat kepada buku-buku yang diterbitkan, kita mendapati beberapa buah penerbit baru sedang naik. Karya Bistari Karangkraf, PTS, Creative Entreprise, Darul Fikir, Telaga Biru, Utusan Publicarion & Distributors, Fajar Bakti, Thinkers Library, Pustaka Abdul Majid, Al-Hidayah, An-Nuqman dan banyak lagi penerbit lain, adalah barisan penerbit semasa yang begitu aktif. Kita melihat beberapa buah penerbit sudah mampu membeli bangunan dan gudang sendiri. Itu adalah antara bukti kejayaan mereka. Sebahagian mereka begitu aktif menenggelamkan DBP yang dulunya menjadi hero dalam industri penerbitan. Kumpulan Karangkraf adalah contoh penerbit yang berjaya. Sejak bermula lebih 30 tahun lalu, ia terus bergerak maju menguasai bidang penerbitan majalah dan juga buku. Mereka memiliki jumlah majalah yang paling banyak diterbitkan sebulan, dua minggu dan seminggu sekali. Kejayaan ini adalah warisan kejayaan Hj Yaakob, seorang peniaga buku di Kota Bharu, Kelantan. Anak-anak beliau terus fokus di bidang perbukuan dan akhirnya berjaya.
Selain penerbit, kedai-kedai buku juga berkembang pesat akhir-akhir ini. Beberapa kedai buku gergasi berangkaian seperti MPH, Popular, Kinokuniya, Border, Pustaka Mukmin, Minerva, Darul Fikir, Saba Media, Times dan lain-lain berkembang maju terutama di Kuala Lumpur. Kedai buku masih lagi dikuasai oleh peniaga-peniaga India yang menguasai jaringan pengedaran dan runcit. Mereka begitu gigih memajukan perniagaan buku. Orang Melayu walaupun majoriti pembeli, masih tidak begitu berani berniaga di bidang ini. Kedai-kedai buku seperti Pustaka Antara sudah tiada lagi.
Bumi adalah tempat kita dilahirkan dan tempat kita akan disemadikan nanti. Bumi dipanggil ibu kita (mother earth) kerana kita diciptakan dari tanah, dan di bumi kita menjalani kehidupan yang sementara ini. Allah SWT menyebut lebih 400 kali perkataan bumi dalam al-Quran, menyentuh tentang perbagai konteks. Demikianlah pentingnya bumi kepada kehidupan manusia.
Sebagai anak kampung, kami dibesarkan dalam lingkungan alam yang begitu rapat dengan kehidupan. Alam kampung masih segar menghijau di mana kampung kami dilingkungi bukit bukau dan gunung ganang. Waktu kecil kami terpaksa memanjat bukit bukau membantu orang tua mencari rezeki, di samping ke sawah padi. Lingkungan alam membesarkan kami dalam kesedaran terhadap kewujudannya. Puncak Gunung Bubu misalnya sentiasa menjadi inspirasi saya sejak kecil, kerana puncaknya yang tinggi sering dapat dipandang dari lingkungan kampung. Anak sungai dan anak air atau parit kecil menjadi tempat bermain, tempat memancing dan menangkap anak seluang dan siput sungai. Sejak kecil kami mengenali mergastua di persekitaran, kenal mana suara burung, mana suara kera, ungka dan siamang, mana suara enggang, mana suara pipit di sawah. Ia adalah satu kehidupan alami yang sukar dinikmati oleh anak-anak zaman ini lebih-lebih lagi anak-anak yang membesar di bandar.
Waktu bersekolah, alam sering menjadi objek dominan lukisan kami. Alam sekeliling, pohon-pohon, rerumputan, gunung ganang, sungai, matahari, bulan dan awan adalah bahagian alam yang sering dilakar dan dilukis. Kesannya sehingga kini, saya masih sangat menyintai lukisan-lukisan beraliran realisme dan nature, terutama lukisan cat air dan dakwat Cina. Burung dan ikan masih menjadi dua jenis mergastua yang sangat diminati, kerana kedua-duanya mempunyai nilai intrinsik dan mempunyai elemen terapi yang alami.
Ketika bersekolah menengah alam kampung sudah ditinggalkan. Kesibukan belajar dan persekitaran bandar telah memisahkan saya dari kehidupan waktu kecil yang dikelilingi alam hijau. Ketika belajar di Maktab Perguruan di Pulau Pinang, saya begitu teruja dengan keindahan laut di persekitaran Pulau Pinang. Waktu cuti hujung minggu saya sering menunggang motosikal keliling pulau melihat keindahan laut lepas di samping menikmati keindahan alam sekitar di sana. Keindahan pantai Padang Kota, Tanjung Bunga, Batu Feringgi, Teluk Bahang ketika itu begitu mempesonakan dan masih segar terbayang di ingatan. Malangnya kini air di kawasan tersebut sudah tidak sebersih dahulu akibat pencemaran yang melampau. Setelah bekerja, ketika cuti sekolah saya menunggang mooswikal menziarahi rakan-rakan maktab yang bertugas di pantai timur. Di sana saya sangat tertarik dengan keindahan pantai tanahair sperti pantai Teluk Cempedak, Sungai Karang di Pahang; Kijal, Kemasik, Rantau Abang, Batu Buruk di Trengganu; Pantai Cahaya Bulan, Bacok di Kelantan.
Ketika bertugas di Bahagian Perhubungan Awam UPM, saya berkesempatan mengikuti perkembangan aktiviti penyelidikan yang dijalankan oleh staf Universiti. Saya turut menulis tentang projek ternakan lebah madu di Johor yang sangat menarik minat saya. Tiga siri rencana tentangnya pernah disiarkan di Berita Harian waktu itu selain disiarkan dalam Unipertama, suratberita rasmi UPM, yang saya sendiri kendalikan. Saya juga pernah mengikuti aktiviti penyelidikan perikanan dan sains samudra ke Pulau Redang. Akhirnya saya mula didedahkan kepada pengetahuan tentang alam marin yang kaya dengan hidupannya.
Setelah bersara awal dan memulakan perniagaan sendiri pada tahun 1994, saya terdedah pula pada alam herba, satu bidang baru yang terpaksa saya dalami kerana ia menjadi perniagaan kami. Perniagaan ini membawa saya pergi jauh ke dunia herba, belajar memahami tentang tumbuh-tumbuhan herba yang menjadi sumber ubatan. Oleh kerana sebelum ini saya pernah belajar asas Homeopathy, maka ia membantu memudahkan saya memasuki bidang perubatan alternatif baru ini - terapi herba. Saya banyak berkongsi ilmu dengan isteri yang merupakan pengamal perubatan moden. Saya mendalami aspek perubatan moden daripadanya dan berkongsi pengalaman klinikalnya ketika menggunakan terapi herba.
Minat mendalami pengetahuan tentang herba, tentang rempah ratus yang menjadi asas jamu, membawa saya ke Indonesia di mana saya dapati di sana banyak sumber maklumat. Banyak buku-buku tentang herba, tanaman herba dan perawatan herba dibeli dan menjadi himpunan penting untuk rujukan. Di samping itu turut mengikuti kursus VCO di Malang dan belajar tentang pertanian organik di Bali. Saya juga turut menyertai Yayasan Padmajaya sebagai pelajar Reiki Tumo. Pelbagai kursus dari peringkat asas hingga ke Master diikuti di pelbagai kota seperti Jakarta, Bandung, dan Surabaya.
Minat untuk lebih memahami alam terus berkembang seiring perkembangan kerjaya baru, sebagai pengusaha produk kesihatan. Di sinilah saya mengenali Lingzhi, herba asal negeri China yang cukup berpotensi. Juga mengenali pelbagai jenis herba tradisional China dan India, memahami aspek ethnobotany, memahmi teknologi pemprosesan dan urusan pendaftaran produk dengan pihak berkuasa. Ketika mengkudu atau Noni begitu popular dulu, saya turut bereksperimen merumus formula minuman kesihatan berasaskan mengkudu, kemudian menanam dan memproses Roselle pula.
Saat ini saya sedang mengumpul bahan untuk menulis buku tentang Hijrah. Tajuknya belum disempurnakan lagi, biarpun rangkanya sudah ada. Lagipun tajuk buku akan disempurnakan setelah semuanya siap nanti. Yang penting kerangka isi dan bahan-bahan telah ada. Begitu juga dengan konsep isinya.
Akhir-akhir ini kelancaran proses menulis tersekat-sekat sedikit. Lihatlah blog ini pun sudah beberapa bulan tidak dikemaskinikan dengan bahan baru. Sungguhpun begitu tahun ini sudah tiga buah manuskrip buku baru disiapkan, kebanyakannya berkaitan bidang kesihatan, iaitu Bicara Kesihatan oleh Dr Julidar, Lingzhi: herba ajaib, Haid dan Menopaus. Sementara itu buku tentang teknologi EM sudah menjangkau 80 halaman.
Saya sendiri sedar antara faktor yang memperlahankan proses menulis adalah kesan daripada lambakan manuskkrip yang belum dapat diterbitkan lagi. Belasan manuskrip menanti untuk diterbitkan. Kadangkala memilih penerbit juga menjadi masalah. Perlu dipilih penerbit yang sesuai dan yang mahu menerbitkannya. Mengajukan manuskrip kepada penerbit yang tidak mahu menerbitkannya tiada guna juga. Begitu juga menyerahkan kepada penerbit yang tidak sesuai juga tidak bagus.
Akhir-aklhir ini saya merasakan tarikan kepada industri perbukuan semakin kuat. Terasa mahu kembali ke industri dan fokus kepadanya. Namun begitu ada kalanya terfikir pula upaya yang semakin menurun. Keupayaan tentulah dalam banyak hal. Kalau ingin menubuhkan penerbitan sendiri, modal, pengurusan, pasaran perlu diselesaikan dahulu. Apabila terlibat dengan industri, pastilah banyak masa sudah diagihkan kepadanya, mungkin waktu untuk menulis akan berkurangan.
Waktu ini waktu untuk membuat penilaian. Sebagai penulis, menghasilkan beberapa buah buku bukanlah suatu yang boleh dibanggakan. Di usia ini kepuasan diri bukan lagi aspek yang menggerakkan keupayaan menulis. Menulis kini sudah menjadi sasaran besar, sasaran perjuangan. Menulis kini bukan lagi sekadar untuk jadi penulis, tetapi lebih dari itu.
AlhamdulilLah, dalam kesibukan menguruskan perniagaan keluarga, menulis tetap terus dilakukan, boleh dilakukan. Malahan urusan perniagaan dan projek-projek yang sedang berjalan, seoalah-olah begitu kompromi dengan aktiviti menulis. Seoalah-olah wujud sinergi antara keduanya. Bila ada projek baru, contohnya projek untuk melestarikan alam, telah menyediakan ruang menulis tentang hal-hal alami dan persekitaran. Projek biotek dan pertanian alami misalnya, telah memberikan ruang untuk menulis tentang biotek dan agrotek. Ini terjadi secara alami, satu keserasian dan sinergi yang sangat bagus.
Hal ini menjadikan saya tidak risau tentang kesibukan berniaga dan menjalankan projek, kerana ia sentiasa menyuburkan ilmu dan pengalaman, dan memperbanyakkan sumber bahan untuk ditulis. Sebelum ini misalnya, buku Membina Impian dilahirkan ketika awal-awal berniaga. Bahan buku ini adalah fakta yang saya sendiri manfaatkan untuk membina impian saya sendiri. AlhamdulilLah apa yang ditulis itulah yang digunapakai untuk meraih kejayaan sekarang ini. Demikian juga dengan buku-buku mengenai kesihatan yang bakal terbit itu. Semuanya ada kaitan dengan perbiagaan produk kesihatan yang kami usahakan. Buku VCO adalah hasil kajian dan penyelidikan literatur dan lapangan ketika memasarkan produk VCO di pasaran. Berguru dan mencari sumber di Indonesia beberapa tahun dulu, sebelum buku ini dihasilkan. Susulannya sebuah lagi buku berkaitanya iaitu Terapi VCO masih belum dapat diterbitkan.
Sebelum ini sebuah buku tentang Reiki iaitu salah satu rawatan alternatif telah lama disiapkan. Ia ditulis setelah saya melengkapkan pelbagai kursus sehingga ke peringkat Master Praktisioner di Indonesia. Oleh kerana Reiki belum begitu dikenali dan diamalkan di sini, saya menyimpan manuskrip ini untuk suatu ketika yang sesuai diterbitkan.
Menjelang ketibaan awal Muharram tahun Hijrah 1431 beberapa hari lagi, saya berkira-kira untuk merumuskan keazaman dan gagasan baru tentang penulisan ini. Saya perlu memastikan tahun-tahun mendatang ini akan diisi dengan aktiviti menulis yang lebih rancak dan lebih produktif. Ini kerana usia sudah semakin banyak yang hilang biarpun ilmu dan pengalaman semakin bertambah. Pertambahan pengalaman sentiasa mengingatkan diri untuk dikongsikan bersama dengan orang lain agar ia lebih bermanfaat. Dan caranya tiada lain melainkan menulis dan menulis.
Ketika ini anak-anak sudah menyelesaikan pengajian mereka di bidang masing-masing. Semuanya, kecuali si Munir yang masih belajar. Kemahuan saya begitu kuat untuk mendorong anak-anak mewarisi bidang penulisan ini. AlhamdulilLah si Munir sudah mula mengikut jejak ini setelah didorong dan dibimbing. Beliau rajin menulis melalui dua blognya Cahaya Yang Menerangi dan Cahaya Ilmu. Saya kini mengharapkan Muzaffar yang baru menamatkan pengajiannya di bidang kesihatan gigi, akan mula mengikut jejak kami. Saya mendorongnya untuk menulis tentang hal-hal kesihatan gigi yang masih sangat kurang diusahakan. Masyarakat dahagakan ilmu dan pengetahuan. Oleh itu menulis adalah salah satu cara kita berkongsi ilmu dengan orang ramai.
Kini waktunya kita sedang melewati detik-detik terpenting dalam kehidupan seorang Mukmin, iaitu detik Lailatul Qadr (malam Qadr). Kita sedang berusaha sedaya upaya untuk bersengkang mata di waktu malam terutama malam-malam sepuluh terakhir Ramadhan, demi mencari Lailatul Qadr. Tanpa mencarinya, tanpa menantinya, tanpa peduli kepadanya, Lailatul Qadr pasti datang, kerana ia adalah satu hukum, satu ketetapan, satu takdir Tuhan. Ia tetap datang biarpun kita tidak tahu bila waktunya. Pastilah ada hikmahnya apabila Nabi SAW terlupa hari Lalilatul Qadr itu. Allah SWT telah mentakdirkan sedemikian.
Mengapa Lailatul Qadr adalah detik-detik terpenting dalam kehidupan (khususnya kehidupan Mukmin)? Hal ini dijelaskan sendiri oleh ayat tentang Lailatul Qadr, di mana disebut bahawa malam Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan. Seribu bulan adalah bersamaan 83 tahun lebih. Bermakna detik Lailatul Qadr adalah jauh melebihi waktu 83 tahun. Kelebihan sebenar hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya. Apa yang pasti kita dijanjikan bahawa Lailatul Qadr adalah melebihi seribu bulan.
Dari perkiraan matematik kita boleh menghitung nilai usia kita. Tidak ramai orang yang diberi kesempatan untuk hidup melebihi 83 tahun. Maknanya anugerah Lailatul Qadr adalah satu anugerah yang tiada nilai taranya. Katakanlah kita hanya berpeluang memperolehi kebajikan lailatul Qadr selama lima kali seumur hidup, maka bermakna kita sudah memperolehi kebajikan melebihi 415 tahun tahun umur kehidupan kita. MasyaAllah, betapa lumayannya kebajikan yang dianugerahkan, betapa Pengasihnya Tuhan, betapa luasnya Rahmat Tuhan, betapa Pemurahnya Dia.
Detik Lailatul Qadr hanya datang bagi satu tempoh singkat iaitu satu malam sahaja dalam setahun. Ia datang dan pergi. Namun di sebaliknya Lailatul Qadr meninggalkan kepada kita suatu yang sangat berharga kiranya kita tahu menghargainya. Apabila Tuhan berfirman (maksudnya): Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam Qadr, maknanya Allah telah menetapkan bahawa al-Quran itu sebagai satu anugerah yang sangat mahal, sangat bernilai, sangat agung kepada kita. Ia diturunkan di dalam lingkungan detik terpenting (Lailatul Qadr) dalam kehidupan. Mengiringi turunnya kitab suci itu adalah para malaikat dan Ruh (Jibril) yang turun ke bumi menjalankan perintah Tuhan (mengatur segala urusan).
Biarpun Lalilatul Qadr datang dan pergi, namun di sepanjang detik-detik lain kehidupan kita, keberkatan Lailatul Qadr tetap bersemadi di hati selama kita sedar bahawa al-Quran sentiasa ada di sisi kita. Al-Quran ditakdirkan sebagai ssesuatu yang terpenting kepada kehidupan kita, ia adalah ruh kehidupan kita, ia adalah jembatan yang menghubungi kita kepada Tuhan Rabbul Jalil. Kita memahami bahawa Ramadhan adalah bulan paling mulia, dan di dalam bulan mulia itu Lailatul Qadr adalah detik-detik paling mulia, manakala kemuliaan detik Lailatul Qadr itu terletak pada al-Quran.
Syukurlah kerana kita masih memiliki al-Quran sebagai petunjuk (S. al-Baqarah: 2 dan 185), dipenuhi penjelasan-penjelaan tentang petunjuk itu (S. al-Baqarah 185), maka nilai al-Quran kepada kita terletak pada keupayaan kita mendapatkan sebanyak-banyak petunjuk daripadanya. Petunjuk atau hidayah biasanya dianggap satu anugerah Allah SWT. Sungguhpun begitu kita disarankan supaya berusaha mencarinya, memintanya kepada Tuhan, sebagaimana kita minta dalam tiap rakaat setiap kali solat (tunjuki kami ke jalan lurus). Oleh kerana sudah dinyatakan dengan jelas bahawa al-Quran itu adalah Petunjuk, maka dapatkannya pada al-Quran.
Apabila kita diperintahkan membaca (Iqra') maka marilah kita membaca al-Quran itu. Membaca adalah jendela ilmu, dengan membaca kita sedang membuka jendela tempat masuknya ilmu. Inilah mesej awal yang dibawa oleh al-Quran. Maknanya inilah Petunjuk penting kepada kita.
Malangnya petunjuk tentang membaca ini kita remehkan. Kita tidak membaca, kita malas membaca, kita letakkan membaca sebagai perkara-perkara kedua, ketiga dan bukan perkara prima (utama). Inilah silapnya kita, inilah kesilapan yang masih kita lakukan sehingga kita menjadi umat yang ketinggalan di dunia ini. Inilah juga faktor yang menyebabkan kita terhina dan dihinakan oleh orang lain. Inilah juga yang menyebabkan kita mundur, miskin, terjajah dan tidak menjadi 'umat pilihan'.
Apabila kita tidak meletakkan membaca sebagai keutamaan, maka kita tidak akan berilmu, tidak akan berpengetahuan, tidak akan bermaklumat, tidak akan menjadi masyarakat madani, masyarakat K (knowledge) seperti kata orang sekarang. Pada tahap membaca secara zahirpun kita tidak lakukan, apa lagi untuk membaca pada tahap tinggi (berfikir, mengkaji, menyelidik, menafsir secara akademis). Sedangkan membaca adalah prasyarat untuk maju di dunia ini. Tidakkah kita sedar bahawa negara-negara yang maju dibina oleh rakyatnya yang rajin membaca, yang gila membaca, yang meletakkan buku/kitab/internet sebagai sarana ilmu yang dihargai.
Marilah kita berhijrah, berhijrah secara minda, berhijrah secara amali. Marilah kita berhijrah kepada tabiat membina, iaitu tabiat membaca. Membaca masih belum menjadi tabiat kita selagi kita tidak bermula dengan kesedaran tentang pentingnya membaca. Sebagai orang beriman, kita sudahpun faham bahawa kita diperintahkan (diwajibkan) membaca. Itulah saripati penting al-Quran yang terangkum dalam perkataan Iqra'. Kita sepatutnya sudah sedia sedar hakikat ini kerana setiap hari kita membaca al-Quran.
(fenomena alam yang kita kurang baca)
Marilah kita ubah sikap dengan berubah pada tahap minda terlebih dahulu. Latihkan minda kita dengan membiasakan diri mendekati aktiviti ilmu, misalnya menghadiri majlis ilmu, mendampingi buku/kitab (hari ini internet). Dampingi orang-orang berilmu, wujudkan suasana keilmuan di rumah dengan membelikan buku sebagai hadiah dan pemberian kepada anak-anak, sediakan sudut bacaan atau perpustakaan mini di sudut rumah, sediakan sedikit peruntukan kewangan untuk bahan bacaan, berbincang dan berkomunikasi dengan ahli keluarga melalui perbincangan keilmuan, dan banyak lagi cara yang kita boleh lakukan untuk merangsang sikap minda positif.
Ketika melintasi Surah Aj-Jathiah, kita akan ketemu dengan beberapa ayat yang menjelaskan tentang kebesaran Tuhan yang terdapat pada alam yang diciptakan ini. Tanda-tanda sebagai bukti kekuasaan Tuhan ini disebut oleh al-Quran sebagai ayat (dalam bahsa asalnya). Apabila al-Quran mnyebut perkataan ayat, ia akan merujuk kepada keterangan atau ayat-ayat al-Quran itu sendiri; manakala dalam konteks lain, ia merujuk kepada tanda-tanda kekuasaan Tuhan yang terdapat pada alam.
Banyak ayat-ayat yang menyentuh tentang alam yang digandingkan dengan perkataan ayat. Ini membawa pengertian bahawa alam ini adalah ayat-ayat Tuhan yang perlu dibaca juga. Oleh kerana ayat-ayat ini (ayat kauniah) sangat besar, maka membacanya tentulah memerlukan pendekatan yang lebih luas. Membacanya memerlukan alat-alatan bantu seperti makmal, teleskop, mikroskop dan lain-lain. Maknanya ia perlukan kajian, penyelidikan, penerokaan lapangan dan sebagainya.
Marilah kita ikuti maksud ayat-ayat yang dipaparkan dalam Surah Al-Jathiah itu:
Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) untuk orang-orang yang beriman. Dan pada penciptaan kamu dan pada binatang yang melata yang bertebaran di muka bumi terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) untuk kaum yang meyakini. Dan pada pergantian malam dan siang dan hujan yang diturunkan Allah dari langit lalu dihidupkannya dengan air hujan itu bumi sesudah matinya, dan pada perkisaran angin terdapat pula tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berakal. Itulah ayat-ayat Allah yang Kami bacakan kepadamu dengan sebenarnya. Maka dengan perkataan manakah lagi mereka akan beriman sesudah (kalam) ALlah dan keterangan-keterangan-Nya. (maksud al-Quran 45:3-6).
(Air menampilkan dirinya dalam wajah kristal yang cantik)
Langit, bumi, manusia, binatang, malam, siang, hujan dan angin serta fenomenanya disebut sebagai ayat-ayat yang menggambarkan keagungan Tuhan Maha Pencipta. Apakah kita yang setiap hari melihatnya, merasakan kewujudannya, mendapatkan manfaat daripadanya, tidak sedar, tidak insaf akan hakikat ini? Apakah manusia masih mahu mengingkarinya, masih menafikannya, atau masih mahu berhujjah lagi? Itulah bukti kewujudan Tuhan, kebesaran Tuhan dan keagungan-Nya. Hanya dengan beriman, hanya dengan berfikir secara saintifik, hanya dengan mengkaji dan menyelidiki secara saintifik, barulah manusia menemui kebenaran ayat-ayat ini.
Tanpa membaca, mengkaji, menyelidiki manusia tidak akan bertemu tentang fakta, ilmu atau maklumat tentang langit. Mata kasar kita hanya mampu melihat kerdipan bintang-bintang di malam hari. Itupun ketika langit tiada mendung. Namun begitu, seorang saintis (astronomi) akan dapat melihat lebih jelas lagi planet-planet di jagatraya ini, kerana mereka mempunyai maklumat dan mempunyai peralatan teleskopik yang kuasa kantanya berganda-ganda. Mereka inilah yang akan menyaksikan betapa agungnya ciptaan bintang-bintang atau planet di angkasa (langit). Keajaiban langit menjadi rahsia kepada kita yang jahil (tiada ilmu tentangnya), tetapi keajaiban itu membuka pelbagai ilmu kepada para saintis yang mengkajinya.
Begitu juga dengan bumi. Kita melihat bumi sebagai hamparan kerana kita melihat bumi pada posisi kita di bumi. Gambaran bumi adalah bulat (tidak mendatar) apabila ia dilihat dari luar angkasa. Di bumi kita melihat matahari bergerak dari timur ke barat. Di luar angkasa, bukan matahari yang beredar tetapi bumi yang berputar mengelilingi matahari. Keajaiban alam cakrawala hanya dapat dinikmati oleh mereka yang mengkajinya. Syukurlah berkat kajian pakar-pakar sains astronomi, kita sudah menyingkap banyak rahsia cakrawala.
Diri manusia sendiri adalah ayat Tuhan yang sangat hebat ciptaannya. Kita hanya melihat diri fizikal sahaja tetapi tidak dapat melihat diri di dalam yang tediri daripada pelbagai organ yang berfungsi secara sinergi menggerakkan kehidupan kita. Di dalam tubuh ada jantung, hati, paru-paru, otak, saraf, hempedu, pankreas, buah pinggang, usus dan lain-lain. Kita tidak pernah melihatnya kerana ia berada di dalam tubuh yang dibalut oleh daging, yang dibalut pula oleh kulit.
Keajaiaban ciptaan manusia hanya disaksikan oleh orang yang mempunyai ilmu tentangnya seperti ahli biologi, doktor dan saintis yang mengkaji tentang diri manusia. Merekalah orang yang benar-benar membaca ayat Tuhan ini. Sebab itu merekalah orang yang dapat merasakan kebesaran dan keagungan Tuhan kerana setiap hari mereka melihat bagaimana organ-organ ini bekerja dan berfungsi dengan penuh keajaiban. Jantung misalnya, saiznya sederhana kecil, tetapi mempunyai keuatan luar biasa, bekerja terus menerus tanpa henti walaupun tuannya sedang tidur. Jaringan saraf yang berjuta-juta mewujudkan jaringan komunikasi baik secara fisiologi mahupun secara anatomi, berfungsi dengan sangat rapi dan efektif.
Terakhir ini kita melihat satu perkembangan dinamik di kalangan umat Islam untuk menghayati al-Quran. Penghayatan al-Quran tidaklah terbatas kepada aktiviti ngaji, membaca, bertarannum sahaja. Lebih dari itu al-Quran perlu ditadabbur, dibaca dengan memahami maknanya. Lebih afdhal lagi sekiranya dapat membaca tafsir, asbabun nuzul, dan ilmu-ilmu berkaitannya, apa lagi menghafalnya.
Kini pusat-pusat pengajian al-Quran termasuk pusat tahfiz al-Quran tumbuh subur di pelbagai daerah dan lokasi. Dari masa ke semasa ada sahaja pihak yang menubuhkan pusat-pusat sedemikian untuk mengembangkan ilmu al-Quran dan hafazan. Ini satu perkembangan yang sungguh mengagumkan. Kita sedang berdepan dengan satu kesedaran baru menghayati al-Quran di kalangan umat Islam di Malaysia.
Apabila banyak pusat-pusat pengajian al-Quran dan tahfiz didirikan, kita akan menikmati keberkahannya di mana ramai para hafiz akan berada dalam masyarakat. Waktu inipun sudah ramai para hafiz yang menjadi imam masjid dan surau. Solat tarawikh kini diimami oleh para hafiz yang boleh membaca semua surah-surah al-Quran, tidak lagi seperti dahulu. Imam-imam ini pula adalah anak-anak muda lulusan pusat tahfiz di dalam dan luar negara.
Semakin ramai para hafiz akan mempercepatkan lagi pertumbuhan pusat-pusat tahfiz baru kerana mereka ini sebahagiannya akan berusaha mengembangkan aktiviti pendidikan tahfiz di kalangan masyarakat. Selain itu terlihat ada kecenderungan masyarakat Islam untuk menyokong aktiviti sedemikian dengan memberikan sokongan kewangan dan juga sokongan moral. Di samping itu trend menghantar anak-anak ke pusat tahfiz sejak usia muda kelihatan begitu marak kini.
Perkembangan ini meyakinkan kita untuk melihat satu perubahan kepada pemikiran, sikap dan amal umat di masa depan. Perkembangan ini akan melahirkan ulama holisitik sebagaimana zaman kegemilangan Islam dahulu. Kita mengharapkan lebih ramai lahir profesional seperti doktor, peguam, jurutera, arkitek, ahli sains yang juga hafiz. Mereka akan menjadi pewaris Ulul-albab yang akan menampilkan wajah ilmuan Islam yang holistik. Sekiranya mereka ini menjadi pendakwah, mereka akan mengupas pelbagai bidang ilmu melalui pendekatan Quranik.
Waktu itulah kita menjangkakan lahirnya golongan Ulul-albab yang terus mengkaji dan menyelidikan segala sesuatu di alam dan di jagat raya ini, bagi melihat lebih dekat kebesaran Allah SWT padanya. Mereka inilah yang akan menepati maksud al-Quran: Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi dan peralihan malam dan siang itu terdapat tanda-tanda (ayat) kepada Ulil-albab.(Ali Imran: 190).
Hari ini kajian-kajian sains telah menemukan lebih banyak fakta baru tentang pelbagai bidang. Antaranya ialah bidang biotek. Bidang ini adalah sub-bidang biologi yang sangat dekat dengan hal-hal berkaitan alami (Sunnatullah). Kita mengharapkan lebih ramai saintis Muslim menerokai bidang-bidang ini kerana al-Quran sentiasa menyarankan kita memerhati, mengkaji dan memanfaat sumber alam ini secara baik.
Kita juga mengharapkan akan tiba masanya al-Quran akan ditafsirkan melalui pendekatan sains kerana terlalu banyak fakta-fakta sains yang akhirnya menyokong kebenaran fakta al-Quran. Apabila kita memiliki ulama al-Quran yang juga pakar sains, kita yakin mereka mampu menafsirkan ayat-ayat al-Quran berkaitan sains secara lebih komprehensif lagi. Sudah tentulah tafsiran-trafsiran baru ini akan menambah sempurnakan (komplementari) kitab-kitab tafsir sedia ada. Waktu itu kita akan menemui terjemahan perkataan zarrah dalam surah Al-Zalzalah tidak lagi diterjemahkan sebagai biji sawi, tetapi sebagai atom, nuklear atau nano (merujuk kepada wujud paling kecil).
(Air disebut oleh al-Quran sebagai asal segala sesuatu yang hidup termasuk manusia. 70% tubuh manusia adalah air, malahan tulang juga mengandungi air.)
Kenapa kitab tafsir kita kekurangan tafsiran mendalam tentang ayat-ayat yang menyebut tentang kejadian manusia misalnya. Oleh kerana ahli-ahli tafsir tidak mendalami bidang-bidang sains biologi, mereka tidak dapat menghuraikan dengan mendalam perkembangan proses kejadian manusia yang disebut dari tanah, kemudian dari mani, menjadi segumpal darah, menjadi pula segumpal daging dan tulang. Tulang belulang itu kemudiannya dibungkus dengan daging.
Beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut Nuzul Al-Quran iaitu satu peristiwaa penting dalam sejarah Islam dan sejarah umat manusia juga. Detik penurunan al-Quran sangat besar ertinya kepada kita umat Islam dan umat manusia seluruhnya, kerana turunnya al-Quran telah merobah dunia. AL-Quran telah meningkatkan taraf hidup manusia kepada satu dimensi sempurna sesuai dengan fitrah kejadian manusia.
"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Mencipta manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu Yang paling Pemurah. Yang mengajar (manusia)dengan perantaraan qalam. Dia mengajarkan manusia apa-apa yang tidak diketahuinya." maksud al-Quran, S. Al-'Alaq ayat 1-5.
Itulah ayat terawal diturunkan Tuhan kepada Nabi Muhammad SAW. Ayat yang sangat besar maknanya kehidupan manusia kerana ia menyentuh hal-hal ilmu, hal-hal ketuhanan dan hal-hal manusia.
Perintah membaca bukanlah satu urusan kecil, sebaliknya membaca adalah satu urusan besar, urusan penting. Membaca pastilah satu amal atau aktiviti penting dalam kehidupan ini, maka Tuhan memerintahkan kita membaca. Membaca adalah satu aktiviti keilmuan dan ianya adalah aktiviti yang sangat relevan dengan penciptaan manusia itu sendiri.
Uniknya manusia ialah pada ciri-cirinya sebagai makhluk ilmu. Sewaktu Adam AS diciptakan, dia diajarkan Tuhan dengan ilmu yang menjadikan dia makhluk istimewa untuk nanti memajukan ilmu. Makhluk lain tidak diberi keistimewaan tersebut. Adam AS diturunkan ke bumi untuk menjadi khalifah atau wakil Tuhan menguruskan alam ini. Tuhan mengajarkan Adam AS ilmu tentang alam untuk membolehkan dia berfungsi sebagai khalifah di sini. Kemudian Tuhan menurunkan pula mashaf dan kitab-kitab kepada para rasul-Nya sebagai satu cara Tuhan mengajar manusia tentang ilmu-ilmu terutama ilmu mengenai perkara ketuhanan dan perkara ghaib.
(Planet adalah ayat-ayat (tanda-tanda) besar yang perlu dibaca)
Bimbingan Tuhan melalui wahyu yang diturunkan itu adalah untuk memastikan manusia dapat menjalani hidup di bumi dengan sejahtera, selamat, aman dan bahagia. Kenapa agama terakhir, Islam itu diberi nama sedemikian, adalah selari dengan matlamat salam iaitu kesejahteraan, keselamatan, keamanan dan kebahagiaan di atas. Al-Quran adalah kitab terakhir diturunkan, dan ia adalah kitab yang sempurna dan lengkap.
Untuk urusan kehidupan dunia al-Quran memberikan bimbingannya. Di samping itu manusia disaran menggunakan seluruh indra ilmu yang ada pada diri mereka untuk mengembangkan maklumat atau pengetahuan tentang pelbagai hal kehidupan ini. Lima pancaindra dan akal serta hati merupakan indra ilmu. Manusia bolehlah memajukan keupayaan indra ilmu tersebut agar ilmu manusia semakin bertambah setiap hari.
Apabila Tuhan memerintahkan kita membaca, bermakna Tuhan memerintahkan kita menggunakan sepenuhnya potensi indra-indra ilmu itu untuk menambahkan pengetahuan yang sedia ada. Apabila diperintah membaca dengan menyebut nama Tuhan, maknanya kita diperintah mencari ilmu dengan cara sentiasa menyebut nama Tuhan, meminta atau berdoa kepada-Nya, mencari ilmu-ilmu yang bermanfaat dan diridhai-Nya, berjihad di bidang ilmu kerana-Nya dan menjadikan perjuangan menuntut, mengamal dan mengajar ilmu adalah berasaskan keredhaan-Nya.
Membaca dalam pengertian yang luas dan holistik pastilah merujuk kepada aktiviti mencari ilmu menggunakan kaedah membaca (membaca teks), mengkaji, menyelidik, mengujikaji (membaca alam iaitu ayat yang tiada dalam teks).
(matahari, bulan, fajar, malam adalah ayat-ayat Tuhan yang perlu difikirkan)
Bersempena dengan sambutan Nuzul al-Quran ini marilah kita bertafakkur, berfikir dan bermuhasabah: apakah kita sudah benar-benar melaksanakan perintah membaca sebagaimana yang dikehendaki oleh semangat Iqra' itu. Apakah kita sudah benar-benar membaca al-Quran mengikut pengertian tadabbur, iaitu memahami dan mengerti makna ayat-ayat al-Quran yang dibaca. Sesudah itu apakah kita telah mengamalkan seluruh isi al-Quran, dan sudahkah kita berusaha menyampaikan apa yang kita fahami itu, untuk dikongsikan dengan orang lain. Dalam konteks ilmu, terdapat tiga proses, iaitu mencari ilmu, mengamalkan ilmu tersebut, dan menyampaikan (mengajar) ilmu tersebut kepada orang lain. Inilah proses ilmu yang dianjurkan oleh Islam.
Marilah kita bertanyakan diri masing-masing: apakah kita suka membaca? berapa buah buku/kitab dibaca dalam sebulan? berapa halaman ilmu yang kita tambah setiap hari? berapa majlis ilmu kita hadiri dalam sebulan? Berapa buah buku yang kita beli? Berapa anggaran perbelanjaan untuk bahan bacaan di rumah? Apakah ada perpustakaan mini di rumah?
Jawaban kepada soalan-soalan di atas akan memberikan kita tanda aras sikap kita terhadap amalan membaca. Nilailah sendiri. Kiranya tanda aras itu rendah maka itulah hakikatnya diri kita, masih belum memenuhi tuntutan al-Quran supaya kita membaca.
Alam sekitar telah menjadi subjek yang begitu penting kepada saya. Segalanya bermula daripada kesedaran bahawa alam adalah bahagian daripada kehidupan kita. Tuhan menciptakan alam untuk kita, untuk dinikmati, dimanfaatkan dan mengambil apa sahaja yang boleh dimanfaatkan daripadanya. Secara serius saya berusaha memahami permasalahan alam sekitar adalah pada penghujung tahun 70an, kira-kiara 30 tahun silam.
Saya agak sensitif melihat perubahan-perubahan yang terjadi kepada kehidupan ini terutama apabila mengingat kembali indahnya hidup di kampung waktu kecil-kecil dahulu. Kenangan penuh nostalgia mengimbau suasana kampung tradisi Melayu dengan alamnya yang masih lestari. Kehijauan kampung refleksi daripada kesuburan tumbuhan-tumbuhan semulajadi pada hutan rimba yang memagari kampung, sawah ladang dan persekitaran menghijau, membangkitkan kesegaran.
Walaupun kehijauan masih terus wujud, namun senario kampung sudah jauh berubah. Anak-anak sungai hampir kekeringan, sawah pun tiada lagi, kini jadi kawasan kebun atau terbiar begitu sahaja. Orang kampung pun sudah tidak lagi bergantung rezeki kepada alam dengan bertani sebaliknya mencari rezeki di luar. Mereka bekerja di luar kampung, sementara kampung cuma menjadi tempat tinggal.
Sebagai penulis, saya masih ingat lagi betapa besarnya pengaruh alam kepada diri saya. Alam menjadi sumber ilham untuk menulis, baik puisi atau prosanya. Usaha menulis tentang alam rupanya berterusan tanpa henti, cuma fokus penulisan tidak lagi pada keindahan alam, sebaliknya lebih kepada permasalahan yang dihadapi oleh alam sekitar. Di awal tahun 80an, saya menulis pelbagai rencana untuk siaran akhbar tempatan menyentuh tentang masalah alam sekitar termasuk pencemaran, pemusnahan hutan dan lain-lain.
Koleksi rencana-rencana berkaitan saya kumpulkan dan diterbitkan dalam bentuk sebuah buku yang berjudul GEJALA. Buku ini tidak dapat diedar dengan meluas kerana masalah pengedaran yang tidak berkesan. Dengan segala kekurangan buku itu diterbitkan sendiri. Ia pernah diulas oleh sebuah akhbar tempatan, Utusan Malaysia dalam ruangan ulasan bukunya.
Buku GEJALA yang diterbitkan pada tahun 1982 adalah perihal alam sekitar. Ia mendedahkan fakta-fakta kerosakan alam, pencemaran alam dan bagaimana nasib alam yang tidak diraikan dengan sempurna. Dikupas juga sikap manusia, satu-satunya makhluk yang mengancam alam. Beberapa rencana mengupas tentang salah tanggap manusia terhadap alam, menyebabkan punca mengapa alam diabaikan.
Kini masanya saya rasa saya tidak lagi hanya menulis atau sekadar bercakap. Saya merasa terpanggil untuk masuk gelanggang. Terakhir ini secara tidak langsung saya semakin akrab dengan alam apabila menceburi perniagaan yang ada kaitan dengan alam, iaitu herba. Ia membawa saya lebih dekat dengan alam nabat (tumbuh-tumbuhan) untuk mengenali fungsi dan peranannya sebagai pemakanan kesihatan. Di situlah saya terpukau dengan segala rahsia kelebihan tumbuhan-tumbuhan herba yang mempunyai pelbagai khasiat atau bahan aktif yang boleh digunakan untuk merawat penyakit di samping menghindari penyakit.
Waktu kecil di kampung dulu, orang-orang tua menggunakan sepenuhnya bahan-bahan herba ini sebagai penawar kepada sesetengah penyakit. Pelbagai jenis daunan digunakan. Namun mereka tidaklah mempunyai kemahiran teknikal untuk mengklasifikasikan bahan-bahan ini, sehinggakan sukar untuk mengenali jenis, nama dan manfaatnya secara sistematis. Akhirnya apabila orang-orang tua telah tiada, hilanglah satu kemahiran menggunakan herba dalam rawatan. Generasi kmuda tidak lagi memiliki warisan tersebut. Salah satu faktor ialah perkembangan perubatan moden yang semakin meluas, sehingga kemudahan itu ada di kampung-kampung. Akhirnya orang beralih kepada ubatan moden, dan menyisihkan kekayaan herba.
Kini dalam era kesedaran untuk kembali ke alami, barulah orang mula teringatkan sumber-sumber alam di sekeliling kita. Kini setelah melalui proses belajar, mengkjaji dan menyelidiki, barulah kita sedar betapa rapatnya masyarakat tradisional dengan alam. Contohnya kelapa digunakan sepenuhnya sebagai bahan merawat penyakit, terutama air kelapa muda. Saya mulai sedar mengapa mereka begitu banyak menggunakan kelapa dalam rawatan apabila membuat penelitian tentang VCO atau minyak kelapa dara. Penelitian itulah yang saya tampilkan dalam buku Kelebihan Dan Manfaat VCO.
Apabila al-Quran menekankan soal iqra' atau membaca, maknanya Allah SWT memerintahkan umat Islam khususnya untuk memberi keutamaan kepada aktiviti membaca. Membaca secara harfiahnya apa lagi membaca secara maknawinya, adalah satu proses penting untuk menjana pengetahuan. Membaca dikatakan jendela ilmu, kerana melaluinya kita dapat melihat keluar ke dunia ilmu.
Apabila disebutkan membaca dan usaha mencari ilmu suatu kewajiban, maka tiada alasan lagi untuk kita beranggapan bahawa ianya adalah satu aktiviti yang perlu dilakukan oleh golongan tertentu sahaja. Bermulanya turun ayat al-Quran dengan perintah Iqra' bermakna betapa pentingnya membaca di sisi Tuhan. Berdasarkan logik ini aktiviti memabaca untuk mencari ilmu adalah satu tuntutan besar kerana tanpa ilmu manusia tidak akan kenal dirinya, tidak akan kenal Tuhan penciptanya dan tidak akan kenal semua yang ada di alam ini.
Sungguhpun Nabi Muhammad SAW ketika menerima wahyu pertama dengan jujur mengatakan "aku tidak tahu membaca" ketika malaikat Jibril menyuruhnya membaca, namun Jibril mengajar baginda SAW membaca. Ini adalah proses belajar yang betul, di mana Jibril mengajar Nabi SAW membaca, kerana sebelum ini Nabi SAW seorang yang buta huruf (ummi). Peristiwa yang terjadi di Gua Hira' ini adalah suatu peristiwa yang sangat signifikan dengan perkembangan ilmu. Turunnya wahyu pertama ini menandakan permulaan turunnya ilmu atau maklumat-maklumat risalah ketuhanan dari langit ke bumi.
Akhirnya setelah 23 tahun sempurnalah penurunan ayat-ayat al-Quran. Ia telah menjadi mushaf yang kita baca waktu ini, di mana ianya kekal dipelihara Tuhan tanpa pernah diubah atau dippinda sebagaimana kitab-kitab lain seumpana injil dan taurat. Tuhan memberi jaminan yang Dia sendiri akan memelihara al-Quran. Inilah mukjizat besar al-Quran di mana tiada siapa tergerak hati atau berani mengubah atau memindanya. Ia kekal sebagai al-Quran yang diturunkan 1400 tahun lalu, untuk terus dibaca, dibaca dan dibaca. Proses pemeliharan al-Quran Tuhan takdirkan berlaku secara rapi di mana di peringkat awal ia dihafal, kemudian disalin ke lembaran, ditashihkan, kemudian disalin menjadi beberapa salinan. Demikian juga proses percetakan al-Quran hari ini dikawal rapi oleh pihak-pihak berautoriti. Ia ditashihkan, disemak dan dipastikan betul sebagaimana naskah asal, barulahlah diberi kebenaran untuk mencetaknya. Proses memelihara al-Quran secara hafalan masih diteruskan. Malahan hari ini aktiviti menghafal al-Quran kelihatan begitu pesat berkembang. Al hamdulillah perkembangan ini begitu besar manfaat kebajikannya apabila bertambah ramai orang yang hafiz (penghafal al-Quran).
(Kristal air yang cantik, kini lahir sebagai informasi baru)
Perkembangan dan kemajuan prasarana ilmu seperti industri percetakan, disokong pula oleh kehadiran gajet-gajet eletronik canggih, telah membantu al-Quran tersebar meluas secara lebih efektif. Adanya gajet-gajet tersebut al-Quran dapat didengar di mana sahaja, sambil memandu atau sambil bekerja. Ketika kesuntukan waktu untuk membaca al-Quran, ia boleh didengar melalui radio, kaset, cd, MP3, dan internet. Perkembangan ini adalah suatu kelebihan yang memanfaatkan kita. Mudahnya kita membca dan mendengar al-Quran. Di samping itu kemurahan laman-laman web di internet menyediakan terjemahan al-Quran dalam pelbagai bahasa untuk kita. Semuanya dapat diaskses dan dilayari dengan pantas dan berkesan, kerana ia menampilkan visual dan audio serentak.
(otak manusia perlu dipertajamkan dengan membaca).
Teknnologi telah membantu kita mendapatkan ilmu dengan mudah dan pantas. Beberapa klik di papan kekunci pada komputer akan menghantar kita ke majlis ilmu. Sepantas itu halaman-halaman buku akan terpapar diskrin komputer untuk dibaca. Oleh itu proses membaca tidak lagi sulit sebagaimana waktu lalu. Ketika itu kita memerlukan buku untuk membaca, terpaksa ke perpustakaan untuk mendaptkan buku atau bahan bacaan, terpaksa ke kedai membeli akhbar atau majalah untuk dibaca. Kini zaman siber telah merobah segala-galanya. Aktiviti mencari ilmu menjadi sangat mudah dan juga murah. Sebahagian maklumat disediakan percuma di internet. Kita boleh menerokai lembaran-lembaran maklumat dengan pantas melalui internet.
Perintah Iqra' telah benar-benar membina tamaddun yang disebut hadari itu. Di zaman kegemilangan Islam dahulu umatnya benar-benar serius menangani ilmu. Mereka belajar, beramal dan mengembangkan ilmu tanpa mengenal erti lelah dan penat. Mereka melakukan semua aktiviti itu atas kesedaran beribadah dan berjihad di jalan Allah SWT. Keikhlasan itu akhirnya menzahirkan satu tamaddun gilang gemilang di bidang keilmuan. Mereka lahir sebagai ilmuan yang alim yang faqih dalam ehwal hukum-hukum agama, ahli dalam bidang-bidang falsafah dan sains. Islam akhirnya melahirkan ramai saintis dan pakar dalam pelbagai bidang ilmu. Ketika itu umat Islam melihat ilmu dalam perspektif yang luas dan holistik. Semua ilmu dianggap fardhu kerana apabila ilmu itu memberi manfaat kepada manusia, manusia menuntutnya menjadi satu kewajiban, sekurang-kurangnya fardhu kifayah. Ketika itu munculnya ulama atau ahli ilmu yang menepati konsep Ulul-albab sebagimana yang disebutkan dalam al-Quran. Mereka adalah alim tentang hukum-hukum agama dan juga alim dalam biddang-bidang tertentu seperti kedoktoran, fizik, kimia, matematik, geografi, falak dan sebagainya. Mereka menghayati erti holistik dalam soal ilmu. Ketika itu konsep Iqra' yang diperintahkan al-Quran benar-benar difahami dan dihayati sepenuh jiwa, hingga kahirnya tamaddun dunia berkembang maju di tangan umat Islam.
Islam melahirkan ramai tokoh di bidang astronomi dan astrofizik. Antaranya Al-Khawarizmi, Ibn Sina, Al-Farabi, Ibn Bajah, Ibn Tufail, Ibn Rusd, Al Jazari, al-Khazini dan lain-lain. Di bidang kimia pula ialah Ibn Sina, Jabir Hayyan, Al-Kindi, Ibn Miskawaih, Al-Khazini, Ibn Khaldu, Al-Khararizmi dan lain-lain. Ramai lagi tokoh-tokoh ilmuan Islam di pelbagai bidang dan disiplin ilmu untuk disebutkan.
Malangnya nasib kita umat Islam sekarang, kita sudah jauh tertinggal. Apabila tamaddun ilmu yang dibina oleh Islam itu dibawa ke Eropah, bangsa-bangsa Barat memajukannya sebagai bidang ilmu yang akhirnya seolah-olah menjadi milik mereka. Banyak fakta sejarah ilmu-ilmu itu cuba disembunyi dan dilenyapkan, supaya orang tidak tahu sejarah kegemilangan Islam yang mendahului mereka. Kita semakin jauh ditinggalkan oleh tamaddun dunia sungguhpun kitalah juaranya di peringkat awal.
Mengapa terjadi demikian? Lihatlah pada diri kita sendiri, nilailah sikap kita terhadap ilmu. Kita meremehkan ajaran al-Quran. Kitab tidak membaca al-Quran, tidak menghayati perintah Iqra' yang disebut oleh al-Quran. Umat kita menjadi umat pengikut kerana kita tiada kekuatan ilmu. Kita tidak mampu memimpin umat manusia kerana kita tiada kekuatan ilmu, sains dan teknologi. Sebaliknya kita menjadi mangsa penindasan dan penjajahan baru oleh umat lain yang lebih kuat daripada kita.
Kini kita berada di bulan Ramadhan, iaitu bulan di mana al-Quran diturunkan. Ayat pertama al-Quran adalah kalimah Iqra' yang bermakna 'bacalah'. Ayat ini adalah ayat perintah, ayat suruhan atau ayat Amar. Maknanya dari awal lagi Tuhan perintah kita membaca.
Sejak kecil kita dikenalkan dengan al-Quran. Kita menghafal surah-surah pendek di penghujung al-Quran. Waktu itu aktiviti belajar membaca al-Quran dikenali sebagai 'mengaji' atau biasa disebut 'ngaji'. Naskah al-Quran yang dibaca itu bukanlah al-Quran penuh tetapi kitab yang dipanggil Muqaddam, iaitu buku yang disusun untuk belajar mengenali huruf-huruf jawi iaitu asas kepada al-Quran, kemudian belajar membunyikan baris-baris dan mengenal tanda-tanda bacaan. Sesudah menamatkan kitab Muqaddam (permulaan) itu barulah bermula membaca surah-surah dalam al-Quran.
Di tahap awal belajar membaca al-Quran bermula di rumah berguru pada ayah dan emak. Kemudian dihantar pula berguru dengan ustaz di kampung. Proses belajar membaca al-Quran selesai apabila khatam (tamat) 30 juzuk al-Quran. Bagi anak-anak, khatam al-Quran adalah antara detik bersejarah yang mengembirakan. Biasanya anak-anak akan sering membanding-bandingkan siapa yang khatam al-Quran lebih dahulu. Kejayaan ini tentulah ada kaitan dengan kepandaian, kerajinan dan kesungguhan mengaji.
Ketika di sekolah al-Quran membawa murid-murid kepada aktiviti pertandingan membaca al-Quran. Pertandingan ini kini dipanggil musabaqah, iaitu ujian kebolehan membawa lagu-lagu al-Quran atau tarannum. Di kampung sahulu ramai rakan-rakan yang belajar tarannum dengan guru al-Quran yang juga seorang gari atau pembaca yang bagus. Malangnya saya sendiri tidak berkesempatan belajar tarannum, kerana almarhum ayah sering menekankan supaya saya dapat belajar dengan betul hukum dan tajwidnya, bukan tarannumnya. Oleh kerana tidak begitu pandai bertarannum, saya jarang mengikuti pertandingan membaca al-Quran. Seingat saya hanya sekali mewakili sekolah ke peringkat daerah, tetapi tidak berjaya. Saya lebih cenderung untuk berpidato kerana kebolehan itu mendorong saya sering menang dalam pertandingan. Kejayaan terakhir ialah menjadi juara pertandingan tafsir al-Quran peringkat Universiti dan Kolej Universiti tahun 1976.
Demikianlah bagaimana kita mula belajar membaca ayat-ayat suci al-Quran. Membaca di tahap itu hanya sekadar membaca dengan sebutan yang betul sesuai dengan bahasa Arab. Di tahap berikutnya barulah kita mula beajar memahami makna-makna al-Quran melalui subjek tafsir al-Quran. Di peringkat awal dahulu tidak banyak kitb tafsir yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Kini sudah terdapat beberapa kitab tafsir yang masyhur diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu seperti tafsir Ibn Kasir, Fi ZIlalil Quran, di samping banyak terjemahan al-Quran disediakan. Sementara itu terdapat juga tafsir asal bahasa Indonesia seperti Tafsir al-Azhar karya Pak Hamka.
Kemudahan yang ada pada hari ini membolehkan kita membaca terjemahan al-Quran dalam bahasa Malaysia. Begitu juga dengan tafsirannya. Oleh itu tiada sebab lagi kenapa kita tidak boleh memahmi isi al-Quran, sekiranya kita telah melakukan tanggungjawab membaca al-Quran dengan penuh kesungguhan.
Membaca al-Quran mengikut kehendak al-Quran sendiri adalah satu proses yang lebih luas daripada pengertian umum yang kita tanggapi. Kebanyakan kita hanya membaca lafaz-lafaz harfiah al-Quran, manakala maknanya tidak kita fahami. Sementara itu mereka yang menguasai bahasa Arab atau mereka yang sering membaca terjemahan, akan membaca al-Quran dengan memahami maknanya. Sudah pastilah di tahap kedua ini, membaca al-Quran memberikan kesan yang lebih besar lagi kerana dia memahami apa yang dibaca.
Al-Quran adalah sebuah Kitab yang sempurna, lengkap dengan segala maklumat asas meliputi hukum, perintah, larangan, nasihat, panduan, pedoman, petunjuk, kisah-kisah silam, kisah-kisah akan datang. Walaupn al-Quran bukanlah sebuah buku sains tetapi ia ada menjelaskan fakta-fakta sains yang hanya kini baru ditemui, sedangkan al-Quran menyebutnya lebih seribu tahun silam. Inilah mukjizat al-Quran.
(Perubahan siang dan malam adalah ayat atau tanda-tanda yang perlu dibaca)
Proses membaca yang disarankan al-Quran melebihi daripada aktiviti membaca ayat-ayat yang tersurat di dalamnya. Allah SWT menyuruh kita membaca banyak lagi ayat-ayat Tuhan yang tidak tersurat tetapi ayat-ayat yang tersirat. Alam dan kehidupan ini adalah ayat-ayat Tuhan yang perlu kita baca. Dalam Surah Ali Imran, ayat 190, disebut ayat yang maksudnya: Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda (ayat) bagi orang-orang yang berakal.
Kenapa langit bumi dan perubahan siang dan malam itu disebut sebagai ayat Tuhan? Maknanya dengan membaca ayat-ayat tersebut membolehkan kita melihat dan menyaksikan kebesaran Tuhan pada ciptaan-Nya. Diri manusia dan alam di sekitar kita adalah antara tanda-tanda atau ayat Tuhan yang perlu dibaca. Bagaimana membacanya? Membaca di tahap ini mmerlukan lebih usaha lagi iaitu dengan mengkaji, menyelidik, mengujikaji mungkin perlu menggunakan makmal dan peralatan seperti mikroskop dan lain-lain. Untuk membaca bulan dan bintang di langit misalnya, memerlukan teropong canggih yang berganda-ganda kuasanya. Beigut juga untuk melihat makhluk seni seperti mikroorganism memerlukan mikroskop canggih.
Tuhan sentaiasa merangsang manusia membaca dan membaca kerana dengan cara itulah mereka akan menemui banyak kebenaran yang mendekatkan lagi manusia kepada Tuhan. Penemuan-penemuan terbaru di bidang sains misalnya telah mendekatkan orang kepada kebenaran Tuhan. Inilah matlamat mengapa kita disuruh membaca, memngkaji dan berfikir.
(Air adalah antara subjek yang banyak disebut dalam al-Quran)
Dua tiga tahun lalu saya sudahpun menyiapkan sebuah buku tentang air yang saya namakan Air Dalam Kehidupan. Saya melihat masih ramai orang yang tidak tahu dan tidak faham tentang air, apa lagi yang mengerti dan sedar tentangnya. Sungguhpun setiap hari, setiap masa kita perlukan air dalam kehidupan kita, namun kebanyakan kita ambil mudah dengan kehadirannya.
Oleh itu saya berusaha mengumpul data dan menulis sebuah buku lebih 100 muka surat tentang pelbagai aspek air. Antaranya air dalam agama, air dalam sistem tubuh, air dalam perawatan, air sebagai terapi stres dan sikap buruk manusia melayani air. Ternyata air adalah makhluk mulia yang tidak dihargai manusia, tidak dimuliakan padahal 70% daripada bahagian diri manusia sendiri adalah air.
Sedangkan Tuhan memuliakan air. Lihat betapa banyak kali perkataan air disebut dalam al-Quran, temasuk dalam sebutan sungai dan laut. Apabila digambarkan syurga, Tuhan menyebut tentang sungai-sungai yang mengalir di bawahnya. Malangnya manusia amat jahil tentang air. Kejahilan itu menyebabkan ramai orang tidak menghargai air dengan membazirkan sumber berharga ini, mengotorinya, mencemarinya dan menjadikan aliran air tempat nmereka membuang sisa-sisa cecair dan juga pepejal.
Sumber air bersih semakin kurang. Semakin hari semakin banyak sungai yang tercemar teruk. Tempat tadahan air semakin hilang akibat kerakusan kerja pembalakan dan pemusnahan hutan. Air yang dibekalkan terutama di bandar dan kota besar tidak bersih, walaupun terpaksa membayar harga yang semakin tinggi.
Menyedari hal ini saya terpanggil untk membuat sesuatu untuk menyumbangkan sesuatu untuk mengangkat kembali darjat air di mata masyarakat. Itu antara sebab mengapa buku ini ditulis. Malangnya setelah dibawa kepada dua penerbit buku (yang ada nama), buku ini dipersoal dan dikembalikan. Sedihnya hati Tuhan sahaja yang tahu. Sebuah buku yang melihat air dari aspek lain, tidak dapat diterima penerbit. Ada Editor yang mengesyorkan saya membuat siri: air, api, tanah (seumpama siri sains). Saya katakan kepadanya, bukan itu matlamat buku ini. Buku ini untuk bacaaan umum, untuk membuka minda pembaca supaya dapat melihat air dari sisi yang berbeza. Nampaknya Editor muda ini masih belum terbuka fikirannya, atau dia tidak membaca dengan betul bagi menilainya.
Sampai sekarang buku tersebut masih belum daat diterbitkan lagi untuk dibaca orang ramai. Saya berazam untuk menerbitkan sendiri, insyaAllah. Pengalaman kecewa itu membuat saya sering prejudis kepada penerbit kita. Dalam pasaran kita sukar sekali mendapat buku-buku tentang air. Kebanyakan buku tentang air dalam koleksi peribadi saya dibeli dari luar negara, dari USA dari dari Indonesia. Indonesia agak maju kerana mereka telahpun menerbitkan beberapa siri buku tentang air, terutama tentang penemuan baru oleh Masaru Emoto. Buku-buku demikian begitu laris di pasaran Indonesia. Dalam tempoh singkat habis stoknya di kedai-kedai buku. Malangnya di Malaysia nampaknya orang masih tidak mahu membuka minda terhadap air. Malang juga apabila penerbit di Malaysia masih belum nampak potensi buku seumpama ini.
Selain menulis buku saya juga sedang merangka satu program memuliakan air. InsyaAllah apabila segala perancangan dapat direalisasikan, ianya akan dikongsi dengan masyarakat. Saya mula terpanggil untuk membela nasib air, apabila merasakan ia diremehkan sedemikian rupa. Melihat jauh ke hadapan, apabila kita terpaksa berdepan dengan situasi pencemaran yang amat parah, kita akan menangisi sikap uruk kita selama ini terhadap air.
Beberapa buah buku yang kebetulan ditulis oleh saintis Jepun akhir-akhir ini begitu relevan untuk dibaca terutama mereka yang benar-benar berminat untuk mengetahui pelbagai mistri alam. Tetapi ingat, mistri yang diselongkar penulis-penulis ini bukanlah mistri tahyul sebagaimana yang terdapat di pasaran Malaysia. Sebaliknya buku-buku ini mengupas mistri alam yang bersifat saintifik dan fakta. Kepada peminat mistri tahyul atau cerita-cerita seram, khurafat, buku ini tidaklah disasarkan kepada anda semua. Namun begitu anda semua harus mula berubah, menganjak minda untuk membaca buku-buku bermanfaat begini, dan tinggalkanlah mistri khurafat dan tahyul itu.
Profesor Dr Teruo Higa telah menulis beberapa buah buku. Antaranya ialah An Earth Saving Revolution: a mean to resolve our world’s problems through Effective Microorganisme (EM) (1996) dan An Earth Saving Revolution II: EM – Amazing application to agriculture, environment, and medical problems (1998). Kedua buku tersebut adalah terjemahan daripada naskah bahasa asal – bahasa Jepun. Ia diterbitkan di Jepun oleh Sunmark Inc., Tokyo. Terbaru beliau menghasilkan buku Our Future Reborn: EM Technology Changes the World (2006) oleh penerbit yang sama.
Melalui dua siri buku pertamanya, Profesor Higa mendedahkan penemuan daripada hasil penyelidikannya ke atas keupayaan makhluk seni mikroorganisme yang didapati sangat bermanfaat kepada manusia dan kepada alam seluruhnya. Makhluk-makhluk seni ini bersifat baik dan berguna, tidak sebagaimana mikroorganiseme jahat yang kita ketahui sebagai bakteria, virus dan fungi itu. Mikroorganisme baik dikenali sebagai Effective Microorganisms (EM). Profesor Higa berjaya mengelompokkan kelompok-kelompok mikroorganisme berguna ini, dan ia dimanfaatkan dalam aktiviti pertanian, perikanan, peternakan, mengatasi pencemaran alam sekitar dan juga untuk kesihatan.
Sekitar 20 tahun sejak penemuan oleh Profesor Higa di Okinawa, Jepun, aplikasi teknologi EM telah dikembangkan ke seluruh dunia di mana lebih 140 buah negara sudah menggunapakai teknologi ini. Teknologi EM ini ternyata sangat berkesan memajukan industri pertanian, peternakan, perikanan, alam sekitar dan juga kesihatan. Namun begitu ia begitu menonjol di bidang pertanian. Teknologi EM telah menyebatikan dirinya dengan konsep Kyusei Nature Farming atau pertanian alami yang diasaskan oleh Mikichi Okada, juga seorang tokoh Jepun pada tahun 1935. Teknologi EM kini dipilih sebagai alternatif kepada pertanian konvensional yang berasaskan kimia dan racun.
Dr Higa menyebut tentang masa depan dunia lahir kembali, apabila beliau melihat bagaimana teknologi sederhana yang selamat dan jimat (safe and save) adalah teknologi sederhana yang mampu diaplikasikan oleh siapa sahaja. Lebih dari itu Profesor Higa sendiri begitu ikhlas untuk berkongsi teknologi ini dengan siapa sahaja yang berminat. Saya melihat keikhlasan Profesor Higa memperkenalkan teknologi EM ini tanpa mengira keuntungan material bagi dirinya, telah menyebar luaskan penemuannya ke seluruh dunia. Sungguhpun di peringkat awal, sekitar awal tahun 90an dahulu, ada juga orang dan pihak-pihak tertentu yang ditemui Higa bersikap ragu-ragu dan curiga dengan penemuannya itu; namun kini semua pihak ternyata sukar mnafikan keberkesanan teknologi sederhana tajaan Higa ini. Malahan seluruh pengamal dan aktivis teknologi EM (termasuk saya secara peribadi) sangat-sangat berterima kasih dan menghargai jasa besar Higa ini.
Impian Higa dan impian kita semua untuk melihat bumi kembali subur dan persekitaran kembali pulih setelah berabad-abad lamanya menderita pencemaran, kini semakin menjelma. Di Jepun dan Thailand antara negara awal yang menggunapakai teknologi ini sudah mula menunjukkan bukti keajaiban EM. Di Jepun beberapa perairan sudah dapat dirawat kesan pencemaran air di sungai dan di laut. Akhirnya perairan tersebut kembali bersih seperti sebelumnya. Tanpa instrumen dan peralatan canggih, tanpa kos yang tinggi, tanpa kejuruteraan terkini, pencemaran alam dapat dirawat dan diatasi. Dengan imej alami (natural), teknologi EM menjanjikan harapan besar untuk merawat alam yang sedang menderita akibat kemusnahan dan pencemaran oleh manusia.
Profesor Higa mempunyai laman webnya sendiri Living A Dream di mana beliau menulis tentang perkembangan dan kemajuan teknologi yang dipeloporinya itu. Higa adalah seorang saintis yang berjiwa besar dan sedar tentang misi dirinya sebagai seorang ahli akademik, seorang saintis dan seorang penyelidik, yang perlu berkhidmat kepada masayarakat, untuk memperbaiki mutu hidup. Secara holistik apa yang diusahaka oleh Profesor Higa bukan sekadar satu aktiviti untuk menyelamatkan manusia, tetapi juga turut menyelamatkan bumi, makhluk lain (haiwan, tumbuhan, serangga) dan alam seluruhnya.
Dalam hati saya teringat kepada maksud ayat al-Quran, surah Yasiin, ayat 36 yang selalu dibaca umat Islam (masyarakat Melayu membacanya setiap malam Jumaat). Ayat tersebut bermaksud: Maha suci Tuhan yang mencipta dalam bentuk pasangan pada apa yang tumbuh dari bumi, pada diri mereka dan pada apa-apa yang mereka tidak ketahui. Kita hanya membacanya, tetapi saintis seperti Higa mengkaji hingga menemui pasangan makhluk seni bernama mikroorganisme itu. Selama berabad-abad kita hanya mengenali mikrob jahat tanpa mengenali pasangannya yang baik. Penemuan EM membuktikan kebenaran ayat di atas di samping membuktikan secara saintifik kebesaran Allah.
(buku terbaru: masa depan lahir kembali)
AlhamdulilLah, melalui Higa, Tuhan membuka sebuah jendela baru untuk kita melihat keagungan ciptaan-Nya. Tuhan juga membuka hati kita menerusi usaha ikhlas Higa untuk kembali insaf dan sedar betapa selama ini kita sudah jauh meninggalkan alami. Maka kini kini sedang menapak ke hadapan untuk kembali ke alami (back to nature).
Ramai saintis dan ilmuan yang menemui pelbagai informasi bermanfaat, baik di negara kita mahupun di seluruh pelosok dunia. Malangnya tidak ramai saintis yang berwatak seperti Higa, yang begitu rendah hati, ikhlas untuk berkongsi, tanpa rasa rugi di segi materialnya, tidak mementingkan diri, sebaliknya dengan sedar melakukan suatu amal mulia menyebarkan ilmunya secara percuma untuk dipelajari, diamalkan dan dimanfaatkan oleh seluruh penduduk dunia sehingga ke level petani miskin.
Saya menilai, Higa tidak bermimpi untuk mejadi kaya raya (walaupun dia mampu meraihnya); sebaliknya dia mimpikan sebuah dunia yang makmur, damai, indah dan bumi pula merupakan syurga di mana manusia, haiwan, tumbuhan menjalin hubungan bio dalam kepelbagaiannya (bio diversity)secara harmoni. Dunia bertuah kerana dikurniakan Tuhan seorang saintis yang mengamalkan prinsip ilmu (sebagaimana diajarkan agama) iaitu mencari ilmu, mengamalkannya serta menyebarluas ilmu itu untuk dikongsi dengan orang lain.
Falafah dan pemikiran Higa begitu sederhana, sebagaimana dirakamkan dalam buku-bukunya. Dapatkanlah buku-buku Higa untuk dibaca, bagi membuka mata dan minda kita. Malangnya buku-buku ini saya dapatkan dari USA, dan yang terbaru dibeli di Bangkok. Saya tidak pasti buku-buku yang bagus begini adakah atau tiada di pasaran kita. Cubalah berusaha mencarinya.
Di tahun-tahun 90an, hati saya sudah tidak begitu kuat lagi terpaut kepada kerjaya tetap di UPM. Bukan kerana tiada masa depan kerana sebagai seorang yang optimis, saya tahu bagaimana membentuk masa depan yang lebih baik. Walaupun tiada peruntukan jawatan yang lebih baik bagi saya, namun dengan usaha dan ikhtiar saya dapat juga meningkat ke Jawatan Penyunting Kanan, satu peningkatan kerjaya.
Apa yang mendorong untuk mencari sesuatu yang lain ialah minat lama yang sedia terpendam, iaitu untuk hidup berdikari. Sejak keluar Universiti dulu lagi, impian untuk berdikari sudah terbetik di hati. Namaun terpaksa akur kepada keadaan kerana tanggungjawab keluarga yang perlu ditunaikan. Ketika itu saya perlukann jaminan p-endapatan kerana perlu menanggung isteri, anak, ibu, adik-adik. Ahhirnya impian itu tidak terlaksana. Hanya ada usaha sampingan membuat apa sahaja perniagaan yang tidak mengganggu kerjaya tetap. Pernah buat pemasaran produk pengguna secara trading dengan bantuan adik, namun masalah pengurusan dan keidakcekapan membantut usaha. Diajak terlibat dengan beberapa aktiviti jualan langsung, namun tiada satu pun yang diusahakan dengan bersungguh. Pernah terbit buku, kononnya nak jadi penerbit; tetapi ia bukanlah kerja mudah. Pernah membantu arwah abang Nan buat production, tapi tak ke mana-mana. Sedikit sebanyak, banyak juga wang yang dilabur hilang. Itu tak termasuk ditipu kawan lagi. Itulah asam garam berniaga.
Menghampiri usia 40 tahun, impian itu kembali membara. Rasa sudah tidak betah lagi bekerja. Akhirnya berusaha membuat sesuatu yang lebih jelas. Ambil cuti tanpa gaji dua tiga bulan, nak bukn kedai jual kereta, kononnya. Rupanya projek dengan seorang rakan tak kemana-mana. Terkena lagi. Akhirnya kembali bertugas semula. Kegagalan projek tersebut, membuka peluang baru kepada kami. Berulang alik ke Genting Highland petang-petang selepas waktu pejabat, membuat pemeriksaan kesihatan pekerja asing di sana, memberi sedikit pendapatan tambahan. Pada awal tahun 1993, kami membeli sebuah klinik di Taman Melewar, KL daripada tuanpunyanya seorang doktor Burma. Kami beroperasi dari jam 5.30 hingga 10 malam. Sehabis waktu kerja, kami bergegas ke sana setiap petang untuk menguruskan klinik baru. Di peringkat awal, tanpa pekerja pembantu, kami suami isteri mengendalikan klinik, bermula dari kerja mengemas, membersih dan menyediakan stok ubat. Beberapa bulan di Klinik Julia Taman Melewar, kami mula beusaha membuka Pusat Perubatan Julia di Kajang. Ketika ini sudah tiada pilihan melainkan isteri saya terpaksa melepaskan jawatannya sebagai doktor di UPM dan menumpu sepenuh masa di Klinik. Beliau berhenti setelah cukup berkhidmat 10 tahun dengan Kerajaan (kontrak dsempurnakan).
Tahin 1994 saya menamatkan kerjaya di UPM selama 16 tahun lebih untuk bersara pilihan. Permohonan saya diluluskan dan akhirnya saya memulakan hidup baru berdikari. Perniagaan baru saya adalah perniagaan yang biasa iaitu jualan langsung. Menyertai sebuah syarikat jualan langsung Ines Marketing, menjual hiasan emas sadur. Menjadi stokis kemudiannya dengan pelaburan besar juga. Di sini pendedahan kepada perniagaan MLM bermula secara serius, penuh masa. Menjadi pengedar dan menjadi Stokis, belajar menjual, menaja dan mengurus perniagaan. Kemudian menyertai syarikat kedua, Actaforce, menjual produk kesihatan dan produk pengguna lain. Juga menjadi Stokis.
Tidak lama bersama syarikat-syarikat ini apabila hati tergerak untuk pergi lebih jaun, melahirkan syarikat sendiri. Bermulalah usaha membangunkan syarikat sendiri Hikmah Bistari (M) Sdn. Bhd. Ia sebuah syarikat sedia wujud yang dibeli daripada Setiausaha Syarikat. Namanya kurang komersil untuk pemsaran. Akhirnya saya mencipta jenama H-Bee sebagai jenama untuk produk kami. Jenama ini ada tuahnya juga.
Sejak mula berdikari, berniaga sendiri mulai tahun 1994 hingga 1997 berulah nampak kejayaan usaha kami. Syukur usaha keras berbuah juga akhirnya setelah melalui pahit maung berniaga dan cabarannya.
Di waktu inilah saya menghasilkan buku Membina Impian, sebuah buku motivasi atau pembangunan diri yang diterbitkan oleh PTS Milenia. Syukur sudah dua kali cetak, maknanya ia mendapat sambutan pembaca. Ia adalah buku keempat saya daripada lima buah yang diterbitkan.
Buku ini mengupas teori pembangunan minda dan juga memuatkan rakaman pengalaman sendiri membina impian, daripada makan gaji menjadi usahawan. Ia bukan sekadar teori malahan juga memuatkan strategi yang dilaksanakan, oleh saya sendiri. Saya menaruh harapan besar agar Membina Impian dapat menjadi panduan dan pedoman kepada generasi pembaca muda, untuk merobah pemikiran dan sikap mereka menjadi lebih positif lagi.
Sepanjang berkhidmat di UPM saya telah memberikan yang terbaik segala ilmu, pengalaman dan kalau ada kepakaran di bidang penulisan dan penerbitan kepada komuniti di sana. Semasa menjadi Presiden Persatuan Pentadbir UPM, saya telah menerbitkan Jurnal Pentadbir, sebuah penerbitan yang memuatkan tulisan para Pentadbir UPM. Seingat saya dua kali Jurnal Tadbir dapat diterbitkan (1992 dan 1993). Kami berusaha mendapatkan sokongan pembiayaan untuk kos percetakan.
Di antara rakan-rakan yang turut menyumbangkan tulisan mereka ialah Hj Yusof Ahmad, Rahmat Ismail (kedua-dua sudah al-marhum), Abdul Rashid Abdullah dari Hal Ehwal Pelajar (kini Pensyarah di Fakulti Ekonomi), Ghazali Hassan, Mohd Kamel Idris dan lain-lain. Turut menyumbang rencana ialah Dr Fadzilah Kamsah dan Abdul Muati @ Zamri Ahmad (kedua-dua dari PPPL).
Ketika menzahirkan hasrat untuk menerbitkan Jurnal ini, saya menekankan kepada rakan-rakan lain dalam Persatuan bahawa kita perlukan sebuah penerbitan untuk menampung hasil pemikiran dan karya para pentadbir UPM. Di samping itu Jurnal itu akan menampilkan kewibawaan kita sebagai Pentadbir yang merupakan sokongan kuat kepada pentadbiran Universitri.
Sepanjang saya berada di UPM saya merasa kecewa dengan sikap sebahagian Pentadbir atasan yang lebih senior. Mereka tidak begitu mengambil berat dan membela Pentadbir sendiri. Nampaknya masing-masing hanya mahu menjaga kerusi masing-masing. Terdapat juga semacam ketakutan di kalangan mereka (yang menjadi bos kami para Pentadbir). Sebagai Pentadbir muda saya merasakan perlu berbuat sesuatu untuk membela nasib dan wibawa kami, maka saya akhirnya bergiat aktif dalam Persatuan Pentadbir. Bermula sebagai Timbalan Presiden dan akhirnya dilantik sebagai Presiden Pentadbir (1992). Ketika Pentadbir-pentadbir Universiti menubuhkan Persatuan Pentadbir Universiti-universiti Malaysia, saya turut dilantik sebagai Timbalan Presiden penaja. Mesyuarat tersebut daiadakan di UKM (tarikhnya sudah lupa). Selepas itu saya tidak lagi mendengar khabar apakah persatuan yang ditaja itu didaftarkan atau tidak, kerana pada tahun 1994 saya telah meninggalkan UPM.
Melalui Persatuan Pentadbir, saya berusaha membawa imej dan wibawa Pentadbir agar dapat berdiri sama tinggi dengan kalangan akademis. Sungguhpun kita mempunyai peranan berbeza tetapi status Pentadbir perlu berada pada posisi yang dihormati. Kita memperjuangkan status dan jawatan, membela nasib sesama ahli. Saya kira perjuangan ini akan menjadi mudah sekiranya bos Pentadbir di atas mengambil berat dan menyokong. Malangnya kita merasakan sebahagian mereka menikam dari belakang.
Walaupun jawatan hakiki saya tidaklah sebagai Pentadbir, namun saya turut menyumbang tenaga menjadi penceramah dan pembimbing kursus untuk kakiktangan am dan juga menulis soalan-soalan peperiksaan jabatan.
Selain itu minat terhadap kepimpinan membawa saya menyertai pelbagai aktiviti pelajar. Membantu HEP mengendalikan beberapa program pelajar. Antaranya menjadi Penolong Pesuruhjaya Pengakap, menjadi Pegawai PALAPES (Pasukan Latihan Pegawai Simpanan – Askar Wataniah selama lebih 10 tahun), menjadi Penasihat Kelab Akhbar.
Sepanjang berkhidmat dengan PALAPES, saya telah menerbitkan beberapa penerbitan seperti Majalah PALAPES (Gempur) yang merakamkan aktiviti tahunan pasukan. Ketika berkursus di Pusat Latihan Askar Wataniah di Tambun, Perak, saya turut menyumbang bahan untuk Majalah Wataniah.
Apa yang sangat berkesan di hati saya ialah sumbangan saya dalam Kelab Akhbar Mahasiswa. Idea penubuhan Kelab ini saya sarankan kepada HEP (Hal Ehwal Pelajar) melalui sahabat saya, Rashid Abdullah yag bertugas di situ. Kelab ini akhirnya diwujudkan sebagai sebahagian daripada projek ko-kurikulum pelajar. Saya sebagai Penasihat. Kami berjaya mendapatkan peruntukan untuk menerbitkan akhbar tabloid sebagai penerbitan yang menampung karya ahli-ahli Kelab.
Kami jadikan Kelab akhbar sebagai wadah untuk mendedahkan para siswa kepada dunia kewartawanan. Saya menjadi pembimbing mereka. Bermula dari penulisan berita, mereka turut diajar kaedah penerbitan yang lain. Saya sering memberikan motivasi dan semangat kepada mereka ini. Para pelajar yang menyertai Kelab ini terdiri daripada pelbagai bidang pengajian. Oleh kerana bidang kewartawan tidak diajar sebagai subjek akademik di UPM ketika itu, maka aktiviti Kelab ini saya sasarkan untuk menjadi gelanggang menlahirkan bakal wartawan di masa depan. Saya sering menekankan bahawa wartawan di masa depan adalah wartawan dari pelbagai disiplin ilmu.
Kami berjaya menerbitkan beberapa kali Akhbar Siswa. Ia diedarkan di kampus. Ia memuatkan berita semasa di kampus, dan juga rencana tulisan ahli-ahli Kelab. Saya percaya kejayaan menerbitkan akhbar ini menjadi kebanggaan HEP kerana projek ini ternyata tidak sekadar aktiviti ko-kurikulum, tetapi juga ia merupakan aktiviti akademik (atau semi-akademik) di bidang kewartawanan.
AlhamdulilLah, impian saya untuk melahirkan wartawan melalui Kelab ini dimakbulkan Tuhan. Beberapa orang ahli Kelab di peringkat awal rupa-rupanya telah menyertai syarikat akhbar sebagai wartawan. Ketika saya sudah bersara dari UPM, saya melihat beberapa nama tersiar dalam akhbar. Mereka bekerja di akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia sebagai wartawan. Tiga nama yang saya pasti ialah Zain Arief, Bokhari Arif dan Laupa Junus. Zain akhirnya berhenti dari wartawan kerana menjadi Setiausaha Akhbar Menteri, Dato’ Syed Hamid Albar. Begitu juga dengan Bokhari, menjadi Setiausaha Akhbar kepada bekas Menteri Pelajaran waktu itu. Tinggallah Laupa yangmasih bertugas di Utusan Malaysia. Laupa kini menjadi wartawan sains (kerana beliau dulunya seorang siswa fakulti sains).
Setelah merasa tidak lagi betah untuk kekal di Berita Harian, akhirnya saya membuat keputusan muktamad untuk berhijrah ke tempat lain. Kebetulan ada tawaran jawatan sebagai Penyunting di Universiti Pertanian Malaysia, Serdang. Saya berkira-kira inilah jawatan yang sesuai memandangkan ia adalah berkaitan dengan bidang kewartawanan dan penulisan, iaitu bidang saya.
Ketika menghadiri temuduga, ramai pemohon yang sebahagiannya berpengalaman dalam bidang berkaitan, seperti juga saya. Dengan penuh keyakinan diri saya berusaha meyakinkan lembaga temuduga bahawa saya patut diberi jawatan tersebut. Dengan izin Tuhan, saya berjaya, dan bermulalah satu kerjaya baru di UPM.
Saya diempatkan di Bahagian Perhubungan Awam, Jabatan Canselori UPM. Ketua Bahagian ketika iu bercuti belajar di USA. Hj Yusof Ahmad (almarhum) adalah bekas wartawan Bernama, sedang membuat Master di USA. Ketika diberi tugas sebagai Penyunting, saya perlu menghasilkan beberapa penerbitan. Satu daripadanya adalah Berita Kampus UPM, iaitu surat berita terbit seminggu sekali. Halamannya sekitar 2- 6 muka surat, kertas A4 biasa, dicetak secara offset. Formatnya ringkas tanpa gambar, memuatkan berita-berita semasa di kampus dan iklan-iklan kecil. Selain itu saya juga bertanggungjawab menerbitkan Buletin UNIPERTAMA, iaitu surat berita bulanan yang dicetak. Ia memuatkan bahan berita, rencana, kolum, gambar aktiviti UPM keseluruhannya. Selain dua surat berita tersebut, saya juga menghasilkan Laporan Tahunan UPM. Penerbitan ini dikeluarkan setahun sekali sahaja.
Memandangkan saya ditempatkan di Bahagian Perhubungan Awam, saya turut terlibat dengan kerja-kerja PR (Public Relation). Antaranya mengikuti perkembangan media, menyediakan siaran akhbar, juga turut membantu mengendalikan aktiviti Universiti seperti acara-cara rasmi. Akhirnya saya tidak lagi khusus mengendalikan penerbitan tetapi turut menjalankan tugasan PR yang lain. Saya merasa sungguh selesa bertugas di sini kerana saya sudah terdedah dengan kerja-kerja penerbitan mahupun kerja-kerja PR. Inilah waktunya saya mempraktikkan teori PR yang dipelajari semasa di universiti dulu.
Untuk penerbitan Suratberita Unipertama, kami mempunyai Lembaga Pengarang yang diketuai oleh seorang ahli akdemik kanan dari PPPL (Pusat Pengembangan Dan Pendidikan lanjutan). Prof Dato' Dr Sulaiman Yassin (mantan VC Universiti Malaysia Trengganu) dan Dato' Dr Fadzilah Kamsah (tokoh motivasi) adalah dua orang yang pernah menjadi Pengerusi Lembaga Pengarang. Saya pula sebagai Setiausaha merangkap Pengarang.
Wujudnya sebuah Lembaga untuk menerbitkan sebuah surat berita begini, bagi saya lebih menyusahkan dan tidak praktikal, kerana terpaksa mengikut protokal dan redtape. Saya melalui satu pengalaman merimaskan kerana terpaksa memanggil mesyuarat sekurang-kurang sebulan sekali. Untuk mendapatkan satu tarikh di mana semua ahli dapat hadir bukanlah senang. Biasanya mesyuarat akan berjalan tanpa kehadiran penuh. Mesyuarat hanya membuat keputusan, sedangkan akhirnya semua tugasan, saya sendiri yang perlu laksanakan. Oleh kerana Buletin ini adalah keluaran bulanan, biasa terjadi ia lewat diterbitkan kerana sukar mendapat tarikh mesyuarat yang sesuai. Akhirnya lewat. Bagi aktiviti penerbitan, lewat adalah satu perkara yang tidak boleh diterima sama sekali. Lama kelamaan saya mengambil tindakan berani dengan tidak lagi memanggil mesyuarat kerana saya memrasakan fungsi lembaga tidak berkesan, hanya sekadar mesyuarat dan mesyuarat. Saya tidak tahu apakan langkah saya ini disenangi atau tidak oleh rakan-rakan dalam lembaga. Yang penting pada sya, dengan bekerja sendirian saya dapat menjamin terbitanya menepati waktu. Dan yang penting pada setiap keluaran nama semua ahli Lembaga Pengarang terpampang, dan saya pasti semua orang gembira kerana setiap bulan Buletin ini keluar dan dapat dibaca.
Saya mengolah Buletin ini menjadi sebuah akhbar kampus. Muka depan diisi dengan berita penting termasuk ucapan oleh pegawai atasan Univesiti. Saya menulis rencana pengarang dan juga sebuah kolum tetap iaitu 'di luar jendela'. Gambar hitam putih disediakan oleh jurugambar PPPL. Mendapatkan gambar juga agak rumit kerana jrugambar bertugas di jabatan lain. Akhirnya kami di Bahagian Perhubungan Awam berjaya mendapatkan jawatan jurugambar khusus yang bertugas di sini.
Saya menggunakan pendekatan akhbar sepenuhnya untuk menjadikan Buletin ini seabagai suara rasmi yang sederhana dan bersifat komunikatif. Oleh kerana saiznya yang kecil (A4) maka kerja menghiasinya (make-up) dibuat secara sederhana sahaja. Di peringkat awal saya terpaksa belajar grafik dan belajar menggunakan perkakasan grafik kerana terpaksa melakukan kerja-kerja lay-out sendiri. Saya tidak menghadapi masalah kerana sudah mempunyai asas dan pengalaman sebelumnya. Akhirnya kerja yang rumit jadi senang kerana adanya minat, ilmu dan pengalaman. Sungguhpun membuat kerja secara 'one man show', produk tetap keluar ikut masa.
Saya membuat kebanyakan keputusan tentang penerbitan ini. Dari jumlah yang kecil sekitar 1000 naskah, saya membesarkan edarannya menjadi 10 000 naskah tanpa meningkatkan kos. Oleh kerana mempunyai pengalaman dalam bidang percetakan, saya mempunyai banyak maklumat tentangnya. Saya beerusaha mendapatkan kos percetakan yang tidak melebih bajet, tetapi dapat menigkatkan jumlah naskah. Apa yang saya lakukan ialah dengan mengorbankan kualiti kertas kerana apa yang lebih penting ialah bahan. Dengan menggunakan kertas simili, akhirnya Buletin Unipertama dapat dicetak 10 000 naskah, berbanding dengan 1000 naskah sahaja sebelumnya.
Keputusan itu dapat diterima kerana justifikasi saya mudah, fungsi surat berita ialah untuk menyampaikan mesej kepada publik. Lebih ramai orang dapat membacanya lebih luaslah penyebaran mesej kita. Akhirnya lebih ramai pegawai dan kakitangan di UPM dapat memiliki dan membaca Unipertama. Saya tahu ramai juga kalangan Pensyarah yang menyenangi Buletin ini. Ada yang rajin mengirimkan hasil tulisan mereka untuk disiarkan di dalamnya. Di samping itu terdapat juga Pensyarah yang mahukan publisiti kepada akiviti atau projek penyelidikan mereka. Saya pernah mengikuti projek-projek yang menarik dan membuat liputan luas. Ini tentulah mengembirakan mereka. Ada juga projek-projek yang saya trulis di akhbar-akhbar tempatan. Contohnya beberapa siri rencana tentang pemeliharan lebah di Johor diberi liputan besar oleh akhbar.
Sebagai pengamal media dan pengamal PR, saya faham tugas utama saya ialah membantu organisasi meningkatkan imejnya di mata masyarakat terutama kalangan publiknya. Secara peribadi saya juga mempunyai hubungan dengan rakan-rakan di akhbar. Dengan wujudnya hubungan tersebut banyak membantu untuk mendapatkan publisiti bagi organisasi kita. Selain itu anrara kerja-kerja yang saya turut lakukan ialah keluar memberikan penerangan terutama tentang prospek kerjaya dan pengajian di kalangan murid-murid sekolah menengah d seluruh negaqra.
Selama 16 tahun berkhidmat di UPM, saya merasa puas kerana dapat menghayati cita-cita untuk terus menulis. Selain menulis dalam penerbitan organisasi, saya terus menyumbangkan rencana kepada akhbar-akhbar dan majalah. Saya tidak menyangka bahawa antara orang yang sering mengikuti idea dan tulisan saya adalah Rustam A Sani (almarhum). Beliau sering memuji tulisan saya. Beliau mungkin senang dengn sebahagian rencana saya yang mengandungi kritikan sosial dan pemikiran-pemikiran kriktikal.
Menulis dan menghasilkan penerbian bukanlah taru kerja yang serupa walaupun keduanya ada kaitannya. Kepada saya kedua-duanya sudah mendarah daging. Menulis, mengedit, menterjemah, membina konsep penerbitan, sehingga percetakan merupakan rutin kerja saya. Sebab itu saya merasa cukup puas bekerja, tanpa mengira balik lewat.
Bertugas di bidang penerbitan waktu itu (tahun 80an hingga 90an), agak rumit kerana teknologi ICT belum secanggih sekarang. Banyak kerja perlu dilakukan secara manual. Naskah masih perlu ditaip dengan mesin taip. Oleh kerana ada jawatan jurutaip, maka merekalah yang menaip naskah-naskah tersebut. Ia banyak mengambil masa kerana naskah yang siap ditaip perlu disemak semula dan dibaiki kemudiannya. Rekabentuk grafik juga dilakukan secara manual, ,menggunakan peralatan dan perlu menampal dan sebagainya. Waktu itu kemudahan komputer masih sangat terbatas. Kerja penerbitan menjadi sangat lama kerana terpaksa melalui pelbagai proses.
Hari ini, teknologi ICT telah menjadikan semua kerja-kerja itu dilakukan seorang diri menggunakan komputer peribadi atau laptop sahaja. Dari kerja menulis, mengedit, menyusun atur, rekagrafik hingga selesai kerja pre-press dapat dilakukan dalam masa yang singkat. Inilah satu kemajuan yang sungguh mengagumkan. Desktop Publishing, ialah istilah yang menepati kemajuan komputer hari ini. Pantas, menijimatkan masa, menjimatkan kos, dan boleh dilakukan seorang diri. Saya mengalami sendiri apa yang saya sebutkan ini. Hari ini saya dapat menghasilkan buku lengkap dengan gambar dan grafiknya dengan sebuah laptop secara sendirian. Naskah buku itu hanya menanti untuk dicetak sahaja. Betapa pantasnya kerja menulis dan menerbitkan sekarang ini. Sebagai seorang yang pernah melalui waktu-waktu di mana kerja penerbitan begitu rumit, mengambil tempoh masa yang panjang dan melibatkan ramai orang, maka situasi sekarang saya merasakan satu rahmat besar. Dengan kemudahan komuter bimbit saya boleh menlis, mengedit, membuat rekabentuk dan grafik di mana sahaja, di dalam perjalanan, di hotel dan di mana sahaja. Inilah suatu kemudahan yang tidak pernah termimpi dahulunya.Afifi Ahmadhttp://www.blogger.com/profile/05645279213664148096noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1310134178422305484.post-41699329399719574162009-07-29T19:51:00.000-07:002009-07-29T21:27:06.029-07:00Nak jadi wartawan, tak jadi ...Tahun 1976 ketika diterima memasuki UKM (ketika itu masih di kampus Pantai Baru) saya merasakan cita-cita untuk menjadi wartawan semakin dekat. Kami adalah kumpulan pertama menerokai Jabatan Komunikasi, sebuah jabatan baru, ketika itu di bawah Falukti Sains Kemasyarakatan Dan Kemanusiaan (SKK). Di peringkat awal kami mengambil kesemua bidang-bidang asas iaitu komunikasi pembangunan, kewartawanan, penyiaran dan pengiklanan.
Oleh kerana saya mempunyai rekod pengalaman dalam penulisan sebelum ini, maka saya diberi tanggungjawab mengetuai pasukan penggerak Nadi Bangi, akhbar Jabatan yang juga merupakan makmal pengajian kewartawanan kami. Encik Mansur ahmad adalah Pensyarah kewartawanan keana beliau mempunyai latarbelakang kewartawanan. Ketika kami membangunkan Nadi Bangi, Encik Mansur membawa rakan-rakan wartawan senior dari Utusan Melayu dan Berita Harian untuk menjadi Pensyarah luar dan juga membantu kami menyediakan halaman Nadi Bangi. Mereka ini (sebahagiannya Penyunting kanan) akhbar membimbing kami menyediakan susunatur (lay-out) akhbar. Nadi Bangi ketika itu menggunakan saiz tabloid. Kami menggunakan layout sheet yang dibawa daripada syarikat tempat mereka bekerja.
Oleh kerana saya pernah bekerja di percetakan, saya mendapati kerja-kerja menyediakan susunatur ini tidaklah sukar. Bahan yang telah ditaipset menggunakan kertas bromide akan dipotong dan dilekapkan ke atas layout sheet berpandukan dummy. Semua kerja menggunakan asas grafik manual, iaitu mengukur saiz dan memotong lebihan bahan (biasanya di bahagian kaki). Ini adalah tradisi percetakan letter press, di mana hari ini ia sudah tiada lagi. Proses menyediakan sebuah penerbitan akhbar ketika itu agak sulit kerana terpaksa melalui beberapa tahapan.
Tahap pertama: mencari berita, masih menggunakan nota untuk mencatat maklumat. Kalau adapun peralatan, hanya pita rakaman mini digunakan. Waktu itu ia masih menggunakan pita dan bateri, teknologi yang memerlukan kos. Sebagai siswa kos itu boleh dikatakan tinggi. Biasanya buku nota kecillah yang menjadi alat bekerja mencari bahan berita. Selain itu kamera juga alat penting untk merakam gambar. Kami tidak mempunyai kamera, oleh itu sering berkongsi kamera SLR Jabatan. Waktu itu kamera masih menggunakan filem (filem hitam putih).
Tahap kedua: menyediakan bahan berita dengan menaip menggunakan mesin taip. Kami menggunakan mesin taip milik Jabatan yang hanya ada beberapa buah. Oleh kerana mesin-mesin taip ini terhad, kami berkongsi menggunakannya. Oleh kerana saya memang sudah memiliki mesin taip sendiri yang dibeli di Pulau Pinang pada tahun 1973, maka saya menggunakannya untuk menyediakan berita. Kerja menaip bukanlah mudah. Siapa yang tidak belajat teknik menaip, kerja menaip agak perlahan. Kesilapan ejaan akan dipadam menggunakan cecair pemadam.
Tahap ketiga: bahan yang telah siap akan disunting (diedit) untuk memperbaiki gaya bahasa, ejaan dan mungkin fakta. Setelah siap ia mungkin ditaip semula sebelum dihantar untuk taipset. Kerja taipset dilakukan oleh syarikat yang menyediakan perkhidmatan pra-cetak menggunakan mesin yang canggih. Hasilnya keluarlah dalam bentuk bromide iaitu imej pada permukaan kertas bromide, mengikut saiz yang kita tentukan. Salinan taipsetting ini akan disahkan dengan membaca pruf. Biasanya kakitangan syarikat tersebut yang akan melakukannya.
Tahap Keempat: membuat susunatur atau susunletak. Kerja ini dilakukan oleh kumpulan Penyunting di mana mereka akan menentukan halaman mana bahan ini akan disusunatur. Ia akan merujuk kepada dummy atau halaman panduan. Layout sheet biasanya sudah dilengkapi dengan garisan berwarna nipis sebagai panduan saiz teks, saiz kolum dan lain-lain. Kerja ini memerlukan peralatan grafik seperti pembaris, pembaris square, pisau pemotong, gam (gam khusus untuk melekapkan kertas bromide ke atas layout sheet.
Kerja ini memerlukan sedikit asas grafik dan seni. Di samping itu penyunting memerlukan kemahiran untuk menyediakan gambar dengan cara dan teknik tertentu bermula daripada pemilihan gambar yang sesuai dan boleh memberi impak, memilih sudut gambar (cropping) dan lain-lain.
Tahap kelima: percetakan. Proses ini dilakukan oleh pencetak. Selesai ia dicetak, siaplah kerja menyediakan akhbar.
Sebenarnya ilmu dan pengalaman menghasilkan akhbar Jabatan Nadi Bangi ini adalah satu pengalaman yang cukup lengkap, melampaui keperluan untuk menjadi wartawan. Di syarikat akhbar, seorang wartawan akan lebih tertumpu kepada tugasan mendapatkan berita dan menyediakan berita. Hanya wartawan kanan yang akan terlibat dengan kerja penyuntingan dan menyediakan halaman akhbar. Biasanya wartawan tidan akan melakukan tugas berurusan dengan pencetak, apa lagi melakukan tugas pengedaran akhbar. Istimewanya kami di Nadi Bangi, semua urusan daripada mencari berita, menyunting, membuat layout, urusan mencetak dan mengedar akhbar, kami lakukan semuanya. Inilah satu pengalaman unik dan menyeluruh di mana kami belajar bagaimana menghasilkan sebuah akhbar daripada A-Z.
Selesai pengajian di tahap Sarjanamud, kami telahpun mendapat etmpat di beberapa buah syarikat media untuk prjek praktikal. Berasaskan hubungan baik antara Univesiti dan syarikat-syarikat ini, maka penempatan kami menjadi mudah. Sebahagian kami yang berminat di bidang kewartwanan di tempatkan di syarikat akhbar, manakala bidang penyiaran pula menyertai RTM (waktu itu belum ada syarikat penyiaran swasta). Saya dipilih untuk menjalani latihan amali di akhbar Berita Harian, awal tahun 1979. Selama enam bulan saya di sana. Walaupun cita-cita asalnya hendak bekerja sebagai wartawan, namun impian itu kemudiannya terhenti selepas enam bulan. Pengalaman enam bulan di Berita Harian waktu itu tidak cukup kuat untuk memikat saya terus berkhidmat di sana. Ketika itu Encik Bakar Ismail (bertugas di bahagian Pentadbiran) berbincang untuk mengajak saya menyertai BH, namun begitu pengalaman enam di sana tidak begitu mengembirakan. Saya merasakan posisi sebagai pemberita tidak begitu menyeronokkan.
Sebenarnya ketika saya dan beberapa orang rakan lain (termasuk dari ITM) bertugas di sini sebagai pemberita, kami tidak diberi tugasan yang sesuai. Sekurang-kurangnya saya merasakan begitu. Pengarang Berita ketika itu Pak Hamid (Hamid Bendahara -almarhum) hanya memberikan tugasan yang merupakan pendedahan sahaja, di mana kami diminta mengikut pemberita lama melakukan tugasan. Pendedahan ini ada juga baiknya kerana ia satu situasi yang baru kepada kami apabila berhadapan dengan tugasan di luar. Saya merasa kecewa apabila kebanyakan bahan berita daripada tugasan itu jarang digunakan. Seingat saya selama saya bertugas di sana hanya sekali saya mendapat by-line (disiarkan nama). Itupun saya kira kerana Ketua Pemberita ketika itu,m saudara Ron (Rohani AHmad, kini Dato', bekas Ahli PArlimen Parit ASulung) kasihankan saya, lantas diberi by-line kepada satu berita yang saya tulis. Sebahagian masa bertugas, saya banyak menerima panggilan berita daripada pemberita daerah, di mana saya perlu mencatat dan menaipkan berita tersebut. Selain itu kami juga perlu melakukan kerja menterjemah bahan berita daripada sumber akhbar New Straits Time. Waktu itu kami masih banyak menggunakan sumber berita mereka. Melakukan terjemahan bukan tugas mudah, kerana ia perlu diterjemahkan dalam bahasa akhbar (bahasa harian). Ini saya rasakan satu pengalaman berguna kemudian hari.
Oleh kerana kami adalah generasi pemberita baru yang berkelulusan, sedangkan kebanyakan wartawan dan penyunting serta pengarang yang ada adalah daripada latarbelakang pendidikan biasa, maka saya merasakan ada semacam konflik. Kami seolah-olah tidak begitu diterima. Itulah perasaan saya waktu itu. Samada ia benar atau hanya perasaan saya, hanya Allah yang tahu. Tetapi perasaan itulah akhirnya membuatkan saya memilih keputusan meninggalkan Berita Harian untuk berhijrah ke UPM. Saya merasa tidak dihargai, tidak diberi tempat yang sesuai, sedangkan saya sudah pernah mendapat banyak by-line sebelum ini apabila menghasilkan pelbagai berita, rencana berita dan rencana di akhbar dan majalah tempatan. Maknanya saya sudah pun ada nama di bidang penulisan sebelum ini. Selain itu penalaman kami di Universiti dan ijazah yang ada sepatutnya kami diberi psosisi yang sepadan.
Mungkin ramai orang yang tidak tahu atau tidak mahu mengambil tahu atau mungkin merasa tidak perlu tahu tentang persolan di atas, kenapa dan mengapa seorang penulis itu menulis? Namun begitu saya merasa terpanggil untuk menjawab persoalan-persoalan ini kerana saya yakin ia ada manfaat kepada setiap orang terutama mereka yang suka membaca dan sentiasa dahagakan ilmu. Jawaban-jawaban tersebut akan menyingkap tabir rahsia seorang penulis atau rahsia kebanyakan penulis menghasilkan penulisan meeka.
Bagi saya dorongan awal menulis adalah bermula daripada motivasi di sekolah. Ketika di sekolah rendah (Sekolah Kebangsaan Hulu Cheh, kini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Sultan Abdullah), saya sering dipuji oleh guru (khususnya Cikgu Ghazali Sulaiman, guru darjah enam) sebagai seorang yang pandai mengarang. Ketika itu subjek karangan merupakan asas karang-mengarang di mana murid-murid didedahkan kepada proses kreativiti yang ditampilkan dalam bentuk penulisan. Di samping itu subjek ini mendidik tentang tata bahasa, penggunaan perkataan, di samping tulisan. Saya merasakan subjek karangan juga secara tidak lagsung memperhaluskan seni tulis di mana ketika itu kami belajar dalam dua jenis tulisan iaitu rumi dan jawi. Dengan selalu mengarang maka tulisan menjadi lebih cantik, baik dengan menggunakan penil mahupun pena dakwat.
Saya merasakan pujian guru itu besar berkatnya, merangsang sanubari, membekalkan energi motivasi yang sungguh berkesan ke atas kemajuan di bidang penulisan ini. Ia sangat membantu membina keyakinan diri di mana saya sering percaya bahawa saya akan berjaya di bidang penulisan suatu waktu nanti. Sehingga kini pujian guru itu masih segar di ingatan saya, dan terus menjadi sumber motivasi diri.
Setapak ke hadapan, saya merasakan aktiviti menulis adalah salah satu cara mencernakan ilmu dalam satu wadah yang dapat dimanfaatkan sebagai rujukan sendiri dan juga dapat dikongsikan dengan orang lain. Secara umumnya ketika belajar di peringkat sekolah menengah atas, kolej dan universiti, kita didedahkan dengan disiplin ini melalui penyediaan penulisan tugasan (esei) untuk tutorial/seminar, kemudian menulis tesis pula. Oleh itu ketika di sekolah menengah, kolej dan di universiti, aktiviti menulis sudah menjadi suatu kebiasaan yang tidak membebankan. Ketika menyediakan tugasan, kerja menulis menjadi sangat mudah dan menyeronokkan. Apa yang berbeza mengarang di sekolah rendah menggunakan sepenuhnya pengalaman dan imaginasi; manakala menulis semasa di kolej dan universiti memerlukan sumber rujukan (nota kaki) dan bibliografi.
Serentak dengan peningkatan pendidikan kita, sebenarnya bakat menulis akan terus berkembang semakin subur. Ini yang saya rasai. Menulis adalah bakat yang perlu terus digilap dan caranya iaitu dengan menulis dan terus menulis, tanpa henti. Di sinilah proses menggilap bakat menjadi satu kemahiran. Saya merasakan kemahiran ini sangat membantu apabila menyediakan tugasan ketika belajar di universiti dahulu. Kerja menulis esei menjadi sangat mudah, biarpun kepada ramai rakan-rakan ia menjadi beban. Orang menyebutnya sebagai writting flair, suatu keadaan di mana menulis menjadi sangat mudah dan mengasyikkan.
Ketika mana tulisan-tulisan kita mula disiarkan di media, kita mudah dijamah perasaan baru, iaitu kepuasan. Ketika rencana-rencana awal saya disiarkan di majalah, bayaran imbuhannya tidaklah seberapa (sekitar RM30 - RM80 sahaja). Namun dorongan untuk terus menulis bukanlah faktor imbuhan kewangan itu; tetapi faktor emosi - kepuasan. Kepuasan di hati, rasa bangga dengan keupayaan diri. Ahhirnya terselit juga keinginan untuk dikenali (popular) sebagai seorang PENULIS. Di satu tahap, menatap nama kita terpapar di akhbar dan majalah, adalah satu kepuasan, satu kebanggaan. Namun begitu emosi ini akhirnya menurun apabila paparan itu semakin banyak dan semakin kerap. Populariti dan glamour hanyalah satu tahapan emosi sementara belaka. Semakin matang semakin ia menghilang.
Kini setelah berpuluh tahun menulis dan menulis, maka arah atau matlamat penulis menjadi semakin kudus dan murni. Menulis tidak lagi untuk glamour, tetapi untuk matlamat berkongsi ilmu atau maklumat dengan orang lain. Kematangan membawa kita sedar bahawa menulis adalah satu tugas, satu tanggungjawab, satu ibadah untuk melangsaikan amanah Allah kepada kita sebagai orang berilmu, iaitu tanggungjawab menyampaikan (rujuk maksud hadis Nabi saw: sampaikanlah dari aku walaupun sepotong ayat). Kesedaran itu bertunjangkan kefahaman konsep ilmu dalam kesepaduan tiga fungsi: mencari ilmu, mengamalkan ilmu, menyebarkan ilmu. Menulis akan menjadi satu pendekatan menyebarkan ilmu.
Di tahap inilah menulis menjadi satu medan juang baru, medan juang ilmu. Syukur kerana di tahap ini kita mulai sedar bahawa ilmu adalah satu-satunya unsur dominan dalam kehidupan kita di dunia sementara ini. Ilmu adalah satu energi yang menggerakkan kehidupan. Ilmu adalah jembatan menghubungkan manusia dengan Tuhan dan dengan alam. Ilmu juga adalah cahaya yang menerangi kegelapan kehidupan. Kita sedar bagaimana kita memperolehi ilmu melalui pelbagai proses, antaranya melalui guru-guru, melalui kitab dan buku, melalui pembelajaran dengan pelbagai cara. Hari ini internet membuka dunia ilmu seluas-luasnya. Apa yang penting dan perlu kita sedar ialah adanya usaha daripada orang lain sebelum kita yang bekerja dan berusaha menyebarkan ilmu tadi kepada kita sehingga kita dapat menikmati manfaat ilmu tersebut. Keikhlasan mereka menyebarkan ilmu, adalah satu faktor penting untuk kita renungi. Sebab itu dengan menulis, kita sebenarnya melakukan hal yang sama dengan mereka yang mendahului kita di bidang ilmu ini.
Saya sering terfikir, insaf dan sedar, bagaimana sulit orang-orang dahulu mencari ilmu dan menyebarkan ilmu kerana prasarana ilmu waktu itu sangatlah terhad. DI tahap awal, orang menulis bahan ilmu pada lembaran daun (antaranya daun lontar dan papirus), kulit binatang, pada batu. Mereka mengambil masa bertahun-tahun untuk menulis dan mencatat hasil tulisan itu ke media yang ada ketika itu. Bayangkan betapa sulitnya kerja-kerja tersebut. Saya masih kagum dengan usaha para ilmuan dahulu menghasilkan karya dalam bentuk buku berjilid-jilid tebalnya, mencecah ribuan halaman. Dalam keadaan sulit mereka masih mampu menampilkan hasil kerja yang sungguh mengagumkan. Maknanya mereka menulis dalam kerangka melakukan satu pengorbanan, jihad ilmu.
Hari ini kita dapat menatap karya-karya besar ulamak silam. Contohnya Kitab-kitab hadis yang berjilid-jilid besarnya. Kitab-kitab tafsir, kitab fiqh karangan Imam Shafie, Ihya Ulumuddin, karya Imam Al-Ghazali. Semuanya karya besar penulis para ulama silam, di mana di zaman mereka tiada kemudahan mesin taip, apa lagi komputer canggih. Namun begitu kegigihan mereka menulis merupakan satu pengorbanan besar, satu jihad - jihad ilmu yang tiada taranya.
Menggingatkan mereka, sedarlah kita bahawa 'siapalah kita' di bidang penulisan. Tulisan yang kita hasilkan masih sangat sedikit apa lagi dinilai dari segi kualiti ilmunya. Buku kita masih sangat sedikit kuantitinya, apa lagi kualitinya. Kita mungkin bangga dengan penampilan zahir buku kita yang berwarna warni dengan grafik yang memukau, tetapi ilmunya tidaklah sebebrapa.
Di tahap ini, kita merasakan diri kita masih berenang di tepian pantai, sedangkan lautan lepas terbentang saujana memandang di hadapan. Betapalah kerdilnya diri untuk mengharungi lautan itu. MasyaAllah, lautan ilmu luas saujana memandang, tak terjangkau oleh kekuatan akal dan ilmu di dada, tidak terjangkau oleh indra zahir kita. Itulah ilmu, suatu anugerah Ilahi yang terlalu luas untuk dijangkau oleh usia kita. Kita hanya akan puas bila lemas di lautannya. SubhanalLah!
Dalam sedar, menulis akan terus dilakukan kerana tanggungjawab menyebarkan ilmu Tuhan, khususnya untuk dimanfaatkan oleh orang lain. Menulis akan menjadi alat menyebar ilmu sedangkan tanggungjawab keilmuan adalah satu yang sangat utama dalam kehidupan ini. Rujuklah kepentingan ilmu seperti yang dituntut oleh agama, kerana ia ada kaitan dengan risalah keTuhanan.
(Gambar: buku sulung diterbitkan oleh Utusan Publication 1978)Afifi Ahmadhttp://www.blogger.com/profile/05645279213664148096noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1310134178422305484.post-82871087754173698182009-06-24T19:25:00.000-07:002009-06-24T19:58:38.734-07:00Buku tidak banyak di Sabah?Sabah kini jauh sudah maju di segi pendidikan. Sabah sudah mempunyai sebuah universiti sendiri iaitu Universiti Malaysia Sabah, kampus UiTM, dan beberapa buah Institut Perguruan (dulunya Maktab Kent di Tuaran dan satu di Keningau). Di samping itu beberapa buah kampus cawangan pusat pengajian tinggi swasta juga terdapat di Sabah, khususnya di Kota Kinabalu.
Sabah juga mempunyai akhbar yang banyak. Akhbar-akhbar tempatan ini mempunyai pembaca dan pengikut setianya. Saya melihat orang Sabah lebih suka membaca akhbar tempatan mereka berbanding dengan akhbar nasional. Akhbar nasional lewat sampai ke sana, di samping itu harganya juga lebih mahal.
Kedai buku di Sabah agak sukar didapati. Kedai buku menjual buku-buku berbahasa Malaysia masih sangat kurang, berbanding dengan kedai buku Inggeris dan Cina. Kalau adapun, gerai dan kedai kecil di kompleks belibelah, yang menjual buku-buku bahasa Malaysia dan buku-buku agama.
Dari tinjauan saya, buku-buku yang dijual di Sabah berharga lebih mahal dari Semenanjung. Ini disebabkan oleh kos pengangkutan, pastinya. Namun begitu agak aneh apabila saya dapati buku-buku agama (antara buku yang ada pasaran baik) dijual dengan harga yang sangat mahal, malahan ada yang dua kali ganda daripada harga yang tercatat pada buku.
Harga yang lebih tinggi boleh diterima kerana kos pengangkutan. Tetapi harga yang berlipat ganda sudah tentu tidak bagus kepada semua pihak. Ia akan membebankan pengguna, kedua ia akan mengurangkan jualan, ketiga ia akan mengurangkan pasaran buku. Saya melihat buku-buku sudah menjadi usang kerana sering dibelek pembeli tetapi tidak dibeli. Secara peribadi saya merasakan faktor harga yang tinggi menyebabkan buku kurang laku dijual di sini.
Saya terfikir, mungkin juga penjual-penjual ini bukan sengaja menaikkan harga buku sebegitu tinggi. Mereka mungkin mendapatkan bekalan daripada beberapa tahap pembekal. Maknanya mereka tidak mendapat bekalan terus daripada pembekal besar, tetapi perlu melalui pembekal-pembekal di tengah. Ini mungkin menjadi faktornya. Faktor lain ialah kos premis yang tinggi. Umumnya kos sewa kedai di Sabah terutama dii Kota Kinabalu adalah sangat tinggi, berbanding Kuala Lumpur sendiri.
Saya melihat inilah nasib malang kepada peminat buku dan peminat ilmu di Sabah. Selain sulit mencari kedai bku, harga buku pula tinggi. Selain itu koleksi buku juga terhad. Kedai-kedai buku yang agak besar menjual buku-buku akademik, buku-buku sekolah sahaja kerana mungkin pasarannya besar dan pasti. Buku-buku bacaan umum tidak banyak dijual.
Oleh itu orang di Sabah yang benar-benar dahagakan ilmu dan penggemar buku, terpaksalah mendapatkannya di Kuala Lumpur kerana di sinilah tempat di mana pelbagai tajuk buku dipaarkan.
Penulis ketika meninjau keindahan Pulau Bum-Bum, Semporna, SabahAfifi Ahmadhttp://www.blogger.com/profile/05645279213664148096noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1310134178422305484.post-51204134838602561482009-06-24T18:08:00.000-07:002009-06-24T19:18:39.431-07:00Industri buku di Indonesia.Saya mula berkenalan dengan buku-buku Indonesia sejak tahun 1969 ketika belajar di Kolej Islam Kelang. Sekali sekala saya akan ke Kuala Lumpur untuk jalan-jalan dan mencari buku. Oleh kerana buku adalah barangan penting dan mendapat keutamaan, maka untuk buku saya bersedia berbelanja berapa sahaja. Sikap ini sudah terbentuk sejak memasuki sekolah menengah, di Ipoh ketika itu. Sikap ini terus berkembang dan kini sebati dengan diri saya. Untuk buku, berapa sahaja kosnya saya bersedia membayar (jika ada biaya!).
Di Kuala Lumpur ketika itu, saya biasanya hanya akan ke Jalan Melayu kerana di sana ada beberapa buah toko buku di pinggir Sungai Kelang. Sebahagiannya masih dalam bentuk gerai. Antaranya saya masih ingat Pustaka Melayu. Beberapa buah buku ilmiah yang pernah saya beli di sana, antaranya ialah Perkembangan pemikiran terhadap agama, karya Zainal Abidin Abas dan dua jilid buku Di Bawah Bendera Revolusi (jilid satu dan dua) karya Presiden Sukarno. Buku-buku ini kesemuanya tebal-tebal belaka. Buku Perkembagan pemikiran terhadap agama adalah sebuah karya yang mengupas perkembangan fikiran manusia terhadap agama, sejak zaman kuno hinggalah ke zaman moden. Ia mengupas psikologi manusia beragama, mengapa manusia beragama, dan sebagainya.
Di Kelang pula saya sering ke beberapa buah kedai buku. Seingat saya di stesen keretapi Kelang terdapat sebuah kedai buku yang saya sering kunjungi. Di sanalah saya sering membelek-belek buku, dan ada waktu membelinya.
Membaca buku-buku Indonesia di waktu itu bukanlah mudah kerana ia mempunyai gaya bahasa yang berbeza, istilah yang berbeza dan tulisannya juga berbeza dengan bahasa Melayu. Huruf J ditulis Dj, U ditulis Oe, dan lain-lain. Istilah-istilah Indonesia memang asing dan sukar juga difahami di peringkat awal. Lama kelamaan semua kesukaran itu teratasi dengan sendirinya apabila sudah dibiasakan, bak kata pepatah: alah bisa tegal biasa.
Satu fakta yang sukar dinafikan ialah Indonesia jauh lebih maju dalam bidang perbukuan. Industri buku Malaysia banyak belajar daripadanya. Malahan beberapa buah penerbit (pustaka) di Malayisa tahun 70an dan 80an banyak menerbitkan semula buku-buku dari Indonesia. Antaranya ialah Pustaka Antara, Pustaka Melayu Baru, Pustaka Abas Bandung. Malahan pengusaha penerbitan ini juga sebahagian besar orang Indonesia.
Buku-buku karya pak Hamka begitu popular di Malaysia kerana adanya usaha penerbitan oleh penerbit-penerbit ini.
Hingga hari ini saya masih berpendapat Indonesia masih terus maju dalam industri perbukuannya. Saya berkesempatan mengunjungi pesta-pesta buku di Jakata beberapa kali, dan mendapati pesta bukunya sangat besar. Kebetulan pula akhir-akhir ini saya sering brulang alik ke Indonesia menguruskan peniagaan, saya terus mengikuti aktiviti penerbitan di sana. Suatu agenda yang tidak pernah saya abaikan ketika berada di sana ialah mengunjungi kedai bukiu, terutama kedai buku yang besar dan popular sperti Gramedia dan Gunung Agung. Gramedia merupakan pusat buku yang boleh dikatakan ada di kota mana sahaja.
Sudah menjadi kebiasaan membawa pulang buku lebih banyak daripada barangan lain ketika ke Indonesia. Ketika berada di kedai buku di sana, terlalu banyak buku yang mahu dibeli kerana bahannya menarik dan penting untuk dibaca. Malangnya tak mungkin membeli semuanya. Terpaksalah membuat pilihan mengikut biaya yang ada. Kadang-kadang membuat keputusan untuk memilih buku juga mengambil waktu. Biasanya sejam dua sudah pasti dihabiskan di kedai-kedai buku ini.
Penerbit buku di Indonesia begitu aktif dan inovatif. Buku-buku baru yang popular di pasaran akan segera diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia. Contohnya ketika buku Blue Ocean masih baru dan segar di pasaran (sekitar 2006) di Malaysia, penerbit Indonesia sudah menerbitnya dalam bahasa Indonesia. Walaupun saya pernah membaca versi Inggerisnya di Malaysia namun tidak membelinya. Buku itu dibaca ketika berkhidmat di Yayasan Kajian Dan Strategik Melayu di mana Yayasan pernah menganjurkan seminar Blue Ocean untuk pemimpin-pemimpin negara di Langkawi. Saya membeli terjemahan Indonesia keana harganya jauh berbeza dengan buku asal yang dijual di Malaysia.
Satu keistimewaan buku-buku Indonesia ialah faktor harganya. Harganya masih jauh murah berbanding dengan buku-buku di Malaysia. Kualiti buku-buku Indonesia tidak seperti dahulu. Kualitinya semakin baik dari segi penampilan, grafik, muka halaman, rekabentuk dan kualiti kertas juga. Oleh kerana banyak penerbit di sana, maka mereka terpaksa bersaing dengan menampilkan buku-buku berkualiti.
Pada saya jauh lebih penting ialah ilmu, informasi atau maklumat yang boleh didapati daripada buku-buku tersebut. Saya mendapati banyak buku-buku berupa panduan, bimbingan, petua yang menyajikan pelbagai maklumat tentang sesuatu bidang ditulis dan diterbitkan di Indonesia. Hasil kajian profesor, penyelidik dan saintis di pusat pengajian tinggi ditulis, disunting dan diterbitkan untuk bacaan umum dengan bahasa yang mudah dan bersifat umum. Banyak buku-buku tentang pertanian, agrotek, industri kampung, makanan ditulis. Buku-buku ini mendapat pasaran yang baik.
Saya sangat selesa mencari maklumat di Indonesia, kerana banyak maklumat dibukakan kepada umum melalui penerbitan. Di Malaysia sungguhpun banyak institusi penyelidikan tetapi hasil penyelidikan disimpan dalam fail dan di rak-rak fail. Orang Malaysia agak 'kedekut' maklumat, tidak mahu membukakan hasil kajian untuk dikongsi dengan orang. Sikap ini berbeza dengan Indonesia. Penyelidik dan saintis di sana begitu terbuka, ikhlas berkongsi ilmu mereka dengan orang ramai. Mereka menulis di samping menyediakan kursus untuk menyebarkan maklumat hasil kajian dan penemuan baru mereka dengan orang ramai.
Bersama keluarga ketika bercuti di Bali, 2007Afifi Ahmadhttp://www.blogger.com/profile/05645279213664148096noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1310134178422305484.post-77673219332656969112009-05-19T23:50:00.000-07:002009-06-11T00:46:49.537-07:00Berkarya dan berkreatif di UKMAwal tahun 1976 ketika itu masih mengajar di Institut Harapan di Taiping, halaman akhbar menyiarkan keputusan peperiksaan STP atau Sijil Tinggi Pelajaran. Waktu itu keputusan peperiksaan persendirian akan disiarkan di akhbar. Syukur dan gembira bukan kepalang lagi apabila membaca nama sendiri terpampang dalam senarai calon yang lulus. Lulus dengan 3 prinsipal dan 2 subsidiary iaitu tiga kertas utama Bahasa Melayu, Sejarah dan Lukisan manakala kertas Subsidiary adalah Kertas Am dan Ekonomi. Kelulusan gred tidaklah cemerlang tetapi cukup syarat untuk memohon ke universiti.
Kelulusan tersebut sangat mengkagumkan kerana beberapa sebab. Pertama saya tidak pernah belajar di tingkatan enam dan tidak pernah mengikuti kelas formal untuk STP. Saya hanya belajar sendiri dengan membaca dan menelaah buku-buku yang saya pinjam daripada Suhaimi, adik saya yang telahpun mengambil STPnya tahun lalu. Dalam tempoh singkat kira-kira enam bulan sahaja saya menekuni usaha untuk lulus dan berazam ke univerisiti. Saya menggunakan sepenuhnya keazaman dan tekad mengukuhkan semangat dengan keyakinan dan harapan besar untuk merobah hidup - masuk universiti. Saya tiada pilihan melainkan menebus segala kegagalan saya selama ini, dan membuktikan diri saya boleh ke universiti biarpun tidak melalui sistem pengajian sempurna sebagaimana orang lain.
Saya banyak bergantung kepada kekuatan dalaman, dengan mendekati Tuhan dan memohon bantuan-Nya. Sering bangun malam bertahajjud dan kemudiannya membaca. AlhamdulilLah Dia mengizinkan. Saya lalui peperiksaan STP dengan tenang dan penuh yakin untuk masuk Universiti. Akhirnya dengan keputusan tersebut saya memohon memasuki universiti dengan pilihan pertama adalah Universiti Kebangsaan Malaysia. Waktu itu bilangan univesiti masih terhad, sementara tempat belajar di tiap-tiap universiti juga terhad. Sebab itu kejayaan memasuki universiti ketika itu merupakan satu kejayaan besar dan bermakna.
Sesi baru 1976/77 bermula dan saya mendaftar diri di kampus UKM Pantai Baru, bersebelahan dengan Universiti Malaya dan juga Maktab Bahasa (Maktab Perguruan Bahasa). Rakan-rakan sekolah yang memasuki universiti melalui sistem sempurna sebahagiannya telahpun keluar universiti dan mula bekerja, terutama di Universiti Malaya; manakala sebahagian lagi masih di tahun empat. Ramai juga rakan lama yang masih di tahun empat, masih sempat berjumpa dengan saya dan sama-sama di universiti selama setahun. Laluan saya sukar, maka saya lewat masuk universiti. Kelewatan itu tidak begitu dikesalkan kerana ia juga punya banyak hikmahnya di belakang hari.
Ketika mendaftar diri sebagai mahasiswa baru, saya hanya membawa wang RM200.00. Hanya itulah bekalan yang ada. Syukurnya waktu itu saya berpeluang tinggal di kolej (asrama) yang menyediakan makan minum. Jadi sayapun belajar dan tinggal serta makan-makan minum percuma sebelum mendapat biasiswa/pinjaman. Inilah keistimewaan waktu itu, makan minum dahulu, bayar kemudian. Setelah mendapat pinjaman daripada pihak MARA, barulah bayaran-bayaran ini dilangsaikan kemudiannya. Terima kasih banyak kepada UKM atas sistem penuh kebajikan ini.
Sebagai seorang siswa yang telah bekerja dan berpengalaman (ada orang panggil kumpulan kami ini mahasitua) mudah bagi saya menyesuaikan diri dengan persekitaran universiti. Ramai juga rakan-rakan mahasitua dari kalangan guru, kerani dan mereka yang sudah bekerja. Jadi tidaklah terasa diri terlalu tua apabila bersama kita ada orang yang lebih tua usianya lagi. Seronoknya apabila ramai rakan-rakan kuliah yang lebih muda memanggil kita sebagai 'abang'. Panggilan itu dirasakan penuh penghormatan dan penuh kekeluargaan. Maka ramailah adik-adik baik lelaki mahupun perempuan. Inilah keistimewaan mahasitua.
Kehidupan di kampus dan persekitaran Pantai Baru merupakan sebuah dunia baru yang begitu indah dan bermakna. Diri mendapat status baru sebagai mahasiswa universiti, satu status yang dibanggakan waktu itu. Masyarakat memandang tinggi kepada status tersebut kerana masa depan mahasiswa sudah terjamin. Waktu itu kerja yang bagus sedia menunggu mahasiswa. Tinggal di Kolej Pertama (dalam kampus) begitu selesa. Makan minum disediakan, kemudahan asrama menyediakan ruang sosial dan pergaulan yang kondusif. Kawan rakan begitu ramai. Apa lagi sejak tahun pertama, penggal kedua saya telah terpilih menduduki Jawatankuasa Siswa Kolej atau JAKSA Kolej Pertama. Biasanya JAKSA diduduki oleh mahasiswa tahun 2 ke atas. Kebetulan saya layak menduduki jawatankuasa tesebut kerana seorang ahli JAKSA biro penerbitan meletakkan jawatan. Kekosongan membolehkan saya bertanding dalam pilihanraya Kolej. Dalam pilihanraya kecil itu saya menang dengan mengalahkan senior. Kemenangan itu mungkin ada kaitan dengan pengalaman dan bidang penerbitan yang serasi dengan saya.
bermulalah satu pengalaman baru apabila dilantik menjadi Setiausaha Penerbitan dan menduduki JAKSA, satu jawatan penting dan berpengaruh di Kolej. Kolej Pertama waktu itu merupakan kolej kediaman yang paling dikenali, dan ia dikuasai oleh kumpulan yang sering dilabelkan 'liberal' sedikit. Tugas saya ialah menguruskan beberapa penerbitan Kolej. Antarnya berita Kolej, diterbitkan secara stensilan seminggu sekali. Selain itu saya menerbitkan Forum Siswa sebuah akhbar yang mendapat permit KDN. Waktu ia adalah satu-satunya penerbitan siswa yang mendapat KDN kerana kawalan ketat Akta Universiti. Saya berjaya menerbitkannya beberapa isu. Selain itu terdapat juga majalah tahunan Kolej yang brnama ...........
JAKSA waktu itu dipimpin oleh saudara Anuar Zaini (kini Dato' Seri). Anggota lain ialah Zaim Abu Hassan (kini Dato', bekas Exco Kerajaan Perak), Hashim Yahya (taukeh HR Markekting), Osman Masri (guru di Perak), dan beberapa orang lagi. Waktu itu Pengetua Kolej ialah al-Marhum Profesor Dato' Dr Ahmad Fauzi Basri (bekas Naib Canselor UUM). Waktu itu beliau adalah Pegawai Pentadbir UKM (Bahagian Hal Ehwal Pelajar). Sebelumnya beliau pernah bertugas sebagai Tutor Sejarah di Jabatan Sejarah UKM. Saya begitu rapat dengan beliau. Selain hubungan tugas yang mewakili penghuni Kolej dengan Pengetua, latarbelakang kami yang berasal dari Perak, juga mungkin jarak umur pun tidak jauh, menjadikan hubungan kami berdua begitu rapat. Beliau seorang yang peramah dan mesra dengan pelajar. Muungkin juga kerana latarbelakang beliau yang pernah aktif semasa mahasiswa dulu dan pernah menjadi orang kuat GPMS, menjadikan beliau begitu mesra-siswa. Beliau seorang yang kreatif, banyak idea dan juga rajin menulis. Ciri-ciri ini agaknya mendekatkan kami. Hubungan kami tidak terputus apabila saya menamatkan pengajian di UKM, kerana setelah tamat saya bertugas di Univeristi Pertanian Malaysia (UPM), kami masih berhubung. Kebetulan pula saya turut terlibat dengan PALAPES di mana Dr Ahmad Fauzi adalah orang kuat PALAPES UKM. Beliau antara pencetus idea penubuhan PALAPES di UNiveristi, dan nama PALAPES juga kalau tidak silap saya ilham beliau sendiri. Melalui PAlAPES kami sering diketemukan. Kemudian pada tahun 1989 kami sekali menjadi dekat kerana bersama-sama dalam satu rombongan haji tahun itu. Waktu itu beliau saudah berada di Universiti Utara Malaysia (UUM) sebagai tenaga pengajar di sana. Kalau tidak silap beliau sudahpun memperolehi PhD. Beliau akhirnya dilantik menjadi Komandan PALAPES dan sebagai Naib Canselor UUM, satu jawatan tertinggi di universiti. Ketika beliau sakit, saya mendapat maklum beliau tidak sedar beberapa bulan sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.
Dato' Dr Ahmad Fauzi adalah juga seorang penulis. Beliau banyak menghasilkan buku-buku sejarah yang mana sebahagiannya ada saya simpan. Salah sebuah bukunya adalah mengenai Askar Wataniah. Beliau menulis sejak zaman siswa lagi. Kebolehannya menulis banyak membantu beliau maju baik dalam akademik mahupun dalam pengurusan. Beliau dilantik menjadi Naib Canselor kerana meritnya. Selain cemerlang dalam bidang akademik, banyak menghasilkan penulisan, beliau juga berpengalaman dalam pentadbiran univerisiti. Beliau memiliki puluhan tahun pengalaman mentadbir, sejak di UKM lagi, kemudian ke UUM. Al-Fatihah untuk arwahnya, semoga ALlah tempatkanmu bersama Sholihin, amin!
Dalam tahun pertama di UKM saya sudah dibawa aktif dalam persatuan. Bakat kepimpinan dan pengalaman memimpin semasa di Maktab banyak membantu. DI samping itu kebolehan menulis juga ada sahamnya. Saya dibawa menyertai Biro Penerbitan Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) sebuah badan induk siswa yang diktiraf oleh universiti dan mahasiswa sendiri. Kehadiran dalam Biro ini membawa saya menyertai rakan-rakan penulis yang aktif di UKM waktu itu. Antara mereka ialah Azhar Ibrahim, Azmi Yusof, Hadi Yusof, Harun A H, Nawawi Muhammad. Kerana ramainya penyajak/penyair di UKM waktu itu mereka menubuhkan Grup Pemuisi UKM. Saya tidak ikut aktif dalam kumpulan tersebut. Kami turut menganjurkan Kursus Kewartawanan, satu program tradisi PMUKM. Kursus ini dikendali oleh penulis/wartawan berpengalaman, dengan kerjasa Dewan Bahasa Dan Pustaka. Ketua Pengawah DBP waktu itu Pak Krismas, pernah merasmikan kursus anjuran kami itu.
Oleh kerana saya begitu sibuk dan seronok menguruskan penerbitan di Kolej Pertama, saya tidak begitu aktif dalam Biro Penerbitan PMUKM. Selain dari dua badan ini, saya juga dilantik sebagai Pengarang Nadi Bangi, akhbar Jabatan Komunikasi di mana saya juga dilantik sebagai Presiden Persatuan Komunikasi (PERKOM) yang pertama. Saya jadi begitu sibuk dengan aktiviti, aktiviti berkaitan penulisan dan penerbitan. Syukurlah kerana ini adalah bidang saya, minat saya, maka ia tidak dirasakan sebagai beban. Saya begitu puas menyengkang mata menyiapkan kerja-kerja yang dipertanggungjawabkan. Syukurlah kerana bakat dan kebolehan menulis yang ada menjadikan kerja-kerja menulis, menyediakan bahan dan menguruskan penerbitan mudah dan tidak mengambil masa. Bayangkanlah waktu itu kuliah terus berjalan, tugasan ada sahaja untuk diselesaikan. Namun kerana minat di bidang ini, saya rasa lebih banyak masa saya dihabiskan dengan aktiviti-aktiviti ini.
Oleh kerana salah satu subjek major saya adalah Komunikasi selain sejarah dan Persuratan melayu, maka bagaimana sibuk pun kerja saya di bidang penulisan dan penerbitan, ia sangat membantu pengajian saya. Pesuratan Melahyu juga banyak memerlukan kerja menulis, menyediakan bahan-bahan untuk perbincangan tutorial. Menyeidkan tugas di bidang Persurat menjadi mudah kerana kemahiran menulis yang sedia ada. Kalau tugas yang diberi kepada kumpulan, biasalah adik-adik dalam kumpulan ini akan menyerahkan tugas menyiapkan tugasan kepada saya. Kerana mereka tahu saya lebih tua, dan ada kebolehan menulis, maka saya sering menjadi sasaran dan dipikulkan beban menyiapkan tugasan. Saya tidak pernah menolak kerana saya merasa kerja menulis itu 'kerja biasa' dan menyeronokkan. Tugasan ini akan selesai apabila mesin taip mula diketuk. Berjam-jam kemudian ia sudah siap untuk disemak dan dikemaskan. Inilah agaknya mengapa ramai adik-adik dalam kumpulan pengajian begitu rapat dan senang dengan abangnya.
Di Jabatan Komunikasi saya diberi tanggungjawab memimpin Persatuan Komunikasi dan mengendalikan akhbar Nadi Bangi. Oleh kerana kami adalah pelajar sulung Jabatan ini, kami adalah peneroka dan perintis yang terpaksa melakukan pelbagai tugas yang sebahagiannya tiada pun dalam tugasan rasmi. Satu yang istimewa kami di Jabatan Komunikas baik sesama siswa mahun dengan pensyarah, kami begitu akrab dan berkerja sebagai satu keluarga. Banyak masa dihabiskan di Jabatan untuk berbincang, bertukar pendapat, dan menjalankan pelbagai kerja. Waktu itu Jabatan mempunyai beberapa orang Pensyarah sahaja. Ada yang dipinjamkan dan ada pula Pensyarah yang bercuti belajar. Hanya dua tiga orang Pensyarah yang mengajar waktu itu iaitu Encik Mansor, Cik Farizah Jaafar dan Tuan Syed Arabi Aidid (cuti belajar). Kemudian barulah datang beberapa orang pensyarah baru membantu. Ketika Nadi Bangi diasaskan, saya diberi tanggungjawab menjadi pengarangnya. Encik Mansor adalah sebagai Ketua dan penasihat kami. Penglaman beliau sebagai seorang bekas wartawan memudahkan kerja kami. Di samping itu beberapa orang wartawan kanan akhbar juga turut membantu kami. Kami bermula dari sifar. Tugasan berita iaitu salah satu sabjek akademik, kami olah menjadi bahan berita. Begitu juga dengan rencana dan bahan lain. Iklan-iklan juga terpaksa dicari, dan ia berkait dengan tugasan kertas pengiklanan. Selesai kerja mencari bahan, bahan-bahan tersebut disunting, kemudiannya dihantar setting sebelum dibuat susunatur (lay-out)nya. Saiz Nadi Bangi ialah saiz tabloid.
Syukurlah kerana sebahagian besar daripada kami adalah orang lama, yang pernah bekerja sebelum menjadi siswa. Beberapa orang bekas guru, bekas pegawai dan lain-lain. Inilah yang membentuk satu pasukan yang matang dan mantap, dan membolehkan kami bekerja secara berkesan. Saya, Dahari, Azizah, Rahmah adalah bekas guru. Sahamsudin, Abdul Rahman, Asiah juga pernah bekerja. Pada saya Jabatan Komunikasi adalah tempat membentuk bakat, menggali pengalaman dan tempat membentuk diri. Ia bukan sekadar sebuah jabatan akademik. Kami belajar banyak perkara di sini, melebihi subjek akademik yang tersurat. Banyak pengalaman tesirat di sebaliknya.
Tahun 1973 ketika rakan-rakan sekolah dulu memasuki universiti, saya melaporkan diri ke Maktab Perguruan Harian, Greenlane Pulau Pinang. Maktab tersebut asalnya sebuah sekolah China dengan bangunan setingkat sahaja. Maktab perguruan Harian ini kemudiannya ditukar nama kepada Maktab Perguruan Seri Pinang. Sesudah kami keluar, Maktab ini berpindah ke lokasi dekat Gurney Drive. Maktab ini melatih guru-guru untuk sekolah rendah Kebangsaan dan China. Jadi jumlah guru pelatih Melayu dan Cina hampir sama banyak. Kelas kami bercampur dengan menggunakan Bahsa Melayu. Ramai pensyarahnya adalah berbangsa China. Jadi kuliahnya dalam bahasa Melayu bercampur Inggeris, dengan slanga Cina.
Pertama kali berada di sini saya merasa canggung juga, kerana latarbelakang persekolahan saya agak berbeza. Saya dari sekolah agama, dan sepanjang 11 tahun bersekolah hanya bergaul dengan rakan-rakan Melayu. Di sini sepapruh pelajar Maktab adalah orang China. Saya secara positif mula menyesuaikan diri dengan pergaulan baru, dengan belajar mengenali adat dan budaya rakan-rakan China. Akhirnya saya mendapati tiada masalah. Cuma sentimen keagamaan masih kuat dalam benak saya, kerana saya dari sekolah agama, sekolah Arab. Latarbelakang inilah yang menyebabkan saya diberi kepercayaan oleh rakan-rakan untuk memimpin Persatuan Pelajar Islam. Semasa memegang jawatan ini, kami menjalin hubungan dengan Persatuan sama di Maktab perguruan Persekutuan Bukit Gelugur. Kami mengadakan aktiviti bersama dengan mereka. Kami juga membantu Maktab menganjurkan kelas-kelas agama yang dibimbing oleh Ustaz Taib Ahmad dan Hj Harusani Zakaria, Kadi Besar Pulau Pinang waktu itu (kini Mufti Perak). Pergaulan di maktab inilah yang merobah sikap saya terhadap kehidupan pelbagai bangsa, dan saya menjadi lebih terbuka dan menerima realiti kehidupan majmuk Malaysia.
Saya memohon memasuki Maktab kerana ingin bekerja tetap, setelah dua tahun menganggur tiada kerja tetap. Sedangkan sebahagian besar rakan-rakan sudah jadi kerani, jadi penghulu dan lain-lain. Permohonan bejaya setelah menjalani temuduga di Ipoh. Saya perlu jalani latihan perguruan selama dua tahun untuk memperolehi Sijil Perguruan (Cert. Ed.) yang melayakkan diri menjadi guru di sekolah rendah.
Dua tahun di Pulau Pinang membuka dimensi baru bagi saya. Pertama kali menjejak kaki ke Pulau Pinang, terasa asing pada awalnya. Oleh kerana Maktab ini maktab harian, ia tidak mempunyai asrama. Kami terpaksa mencari tempat tinggal sendiri. Pertama kali memunmpang di rumah saudara. Kemudian saya tinggal di asrama Sekolah Arab Al-Masyhur yang letaknya di tengah-tengah bandar (kini bangunan Komtar). Di situ saya bersama dua orang rakan lagi, Mohd Nor dan Mohd Hazir Ismail (kini Dato', bekas ADUN Merbau Pulas, Kedah) tinggal. Kami berbasikal ke Maktab. Jaraknya agak jauh juga, tetapi perjalanan melalui bandar tidak terasa. Berbasikal di tengah bandar tidak jadi masalah kerana ramai orang berbasikal di sini. Walaupun sibuk dan sesak, tetapi perjalanan tiada masalah. Semasa di Al-Masyhur ini saya turut mengajar kelas tambahan kepada murid-murid Al-Masyhur bagi pelajaran akademik, terutama subjek bahasa dan sastra. Waktu itu Pengetua Al-Mashyhur ialah Ustaz Othman Bajenid, bapa kepada Dato' Dr Ibrahim Bajenid, seorang tokoh pendidikan tanahair. Ustaz Othman ada menulis sebuah kamus Arab-Melayu bernama Kamus Bajenid. Ada juga masuk duit tambahan ketika mengajar kelas tambahan. Elaun maktab waktu sekitar RM150.00 sebulan. Hidup sederhana, wang sebegitu sudah cukup. Makan minum tiada masalah kerana banyak kedai dan gerai di sepanjang Jalan Pinang dan sekitarnya. Di sini saya mula belajar makan nasi kandar, makan capati, tosai, nan dan masakan Pulau Pinang. Waktu itu harga makanan masih murah.
Sebenarnya banyak tempat kami tinggal. Beberapa kali berpindah randah. Pernah tinggal di Jalan P.Ramlee, Sg Pinang, Bukit Gelugur. Ada kalanya tinggal bersama tuan rumah (menyewa bilik) dan ada menyewa rumah. Pada tahun kedua, saya membeli motosikal cub (Honda cub 70cc). Hari ini orang menyebut Kapcai. Dengan Honda ini saya berulang alik ke Maktab dengan lebih cepat dan selesa. Ia juga memudahkan pergerakan balik ke kampung waktu cuti.
Di Maktab perguruan, selain mata pelajaran akademik, kami dikehendaki menjalani latihan ko-kurikulum yang pelbagai jenis termasuk permainan dan muzik. Saya menyertai pasukan pengakap dan pernah mengikuti kursus asas manik kayu untuk menjadi pemimpin pengakap. Di samping itu saya aktif dalam Persatuan Islam, dengan menjadi Presidennya. Sementara itu saya juga turut menjadi Setiausaha Agung Persatuan Penuntut Maktab, dan menjadi Pengarang Majalah Maktab.
Bakat dan minat menulis terus dikembangkan semasa di Maktab. Saya dilantik menjadi Pengarang Majalah Maktab, Berjaya namanya. Majalah tahunan ini adalah majalah rasmi Maktab di mana semua aktiviti Maktab direkodkan di dalamnya. Selain itu terdapat juga sumbangan rencana daripada para pensyarah dan pelajar. Seorang Pensyarah bahasa bernama Encik Zainal Akbar Zainal Abidin. Beliau adalah adik Zainal Alam, pencipta dan penggubah lagu tanahair. Encik Zainal Akbar ini mengajar juga tulisan jawi. Beliau sangat mengingati saya dengan tulisan jawi, kerana saya boleh menulis jawi dengan tulisan atau khat yang cantik. Beliau selalu meminta saya menulisnya di papan hitam. Ketika kami bertemu semula di Mekah, waktu Haji tahun 1989 beliau agak lupa pada saya. Tetapi apabila disebut, pelajar yang selalu menulis jawi tu, dia segera mengingati semula.
Waktu di Pulau Pinang, saya sudah mampu membeli buku kerana ada wang elaun. Minat saya beralih kepada subjek-subjek psikologi dan pendidikan. Mungkin pengaruh mata pelajar pendidikan, falsafah pendidikan,dan psikologi yang diajar di Maktab. Saya banyak membeli dan membaca buku-buku bina diri (self development) karya Dale Carnagie, Norman Vincent Peale dan Napoleon Hill. Antara buku yang masih tersimpan dengan baik ialah buku The Power of Positif thinking, karya Norman Vincent Peale. Buku setebal 300 halaman itu sangat saya kagumi. Ia merupakan pembuka minda ke arah berrfikir kreatif dan berfikir positif. Begitu juga dengan huku Think and grow Rich karya Napoleon Hill. Buku-buku pembangunan diri ini sangat memberi kesan kepada pemikiran dan pembangunan sakhsiah saya sendiri. Di Maktab inilah saya mula menyerlahkan bakat kepimpinan melalui Persatuan Pelajar Islam dan juga Persatuan Penuntut. Saya dipilih sebagai Presiden Persatuan Pelajar Islam dan Setiausaha Agung Persatuan Penuntut.
Pemikiran, sikap dan sakhsiah saya hari ini adalah kesan daripada pembacaan buku-buku psikologi popular dan pembangunan diri itu. Waktu itu penguasaan bahasa Inggeris saya semakin baik, dengan itu membaca buku-buku Inggeris sudah bermula dengan baik. Di samping membaca saya terus menulis. Saya mula menulis tentang agama melalui pendekatan pemikiran positif dan kreatif ini. Saya menulis tentang solat dan kaitannya dengan psikologi. Rencana-rencana tersebut tersiar dalam majalah Utusan Qiblat dan Mastika. Koleksi rencana-rencana itu akhirnya saya bukukan sebagai buku sulung berjudul Sembahyang: beberapa pandangan falsafah, psikologi dan implikasi, terbitan Utusan Publication & Distributors pada tahun 1978.
Subjek psikologi popular dan pembangunan diri terus menjadi antara subjek pilihan saya di samping agama dan falsafah. Saya mula membuat koleksi buku-buku. Buku-buku yang dibeli, dibaca akan disimpan dan disusun dengan baik. Di rumah sebuah almari ditempah untuk memuatkan khazanah buku-buku dan majalah koleksi saya sejak zaman sekolah lagi. Ia menjadi harta saya yang sangat berharga. Kerana sayangkan buku, saya masih mengingati buku-buku saya yang dipinjam orang tetapi tidak dipulangkan semula.
Akhir-akhir ini saya terlibat serius mengembangkan pemikiran positif untuk diri saya sendiri dan juga berkongsi dengan orang lain melalui program latihan (kursus motivasi, pembangunan diri, pemasaran dan lain-lain) dan juga melalui penulisan. Buku Membina Impian diterbitkan oleh PTS Millenium adalah sebuah buku tentang membangunkan pemikiran positif untuk meraih kejayaan. Buku ini dimajukan dari kesedaran memprakttikkan bahan-bahan bacaan tentang pemkiran positif, sejak zaman Maktab ini. Buku ini mula ditulis dalam tahun 1996 ketika saya mula mendaki kejayaan dalam perniagaan. Sebahagian isinya adalah pengalaman saya sendiri menggunakan sepenuhnya kaedah pemikiran positif dalam memajukan diri sendiri. Sebab itu buku ini bolehlah dikatakan satu bukti penghayatan penuh yakin akan kaeda-kaedeah membangunkan diri melalui pemikiran positif.
Terima kasih kepada pengarang-pengarang terkenal seperti Dale Carnagie, Norman Vincent Peale, Napoleon Hill, M.R.Kopmeyer, Zig Ziglar, Robbert H. Schuller, Denis Waitley, Frank Newman dan lain-lain. Buku-buku mereka memberi impak kepada perkembangan pemikiran saya selama ini.
Gambar atas: Majalah Berjaya, bawah: buku-buku yang memberi inspirasiAfifi Ahmadhttp://www.blogger.com/profile/05645279213664148096noreply@blogger.com0